Monday, July 6, 2015

Biskut Florentine / Crunchy Caramel Almond


Salam semua.... Macam mana persiapan untuk menyambut Hari Raya? Dah banyak ke uolls semua buat kuih raya... Cik kuali tahun ini ada sedikit kerajinan untuk buat kuih raya... Awal puasa dah start beli barang-barang buat kuih raya.... Sebab takut barang habis...hihihi.... Buatnye baru sejenis je kuih raya... Itu pun kuih yang paling senang di alam semesta. Biskut Florentine @ Crunchy Almond....




Bahan-Bahannya:-
200 gm tepung Florenta / Bienetta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Cara Membuatnya:-

  • Badam dan kuaci di bakar terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit

  • Satukan semua bahan dalam bekas & Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
  • Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
  • Panaskan oven pada suhu 160C. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan NIPIS.
  • Bakar dalam oven selama 10 minit. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
  • Simpan dalam bekas kedap udara.
Cara Cik Kuali
  • Setelah semua bahan digaul rata. 
  • Guna Non stick muffin pan. Letakkan setengah sudu besar didalam setiap lubang muffin pan. 



  • Bakar selama 5-6 minit sahaja. Jangan terlalu lama.
  • Keluar dari oven biarkan sejuk seketika & terbalikkan diatas dulang. 
  • Biskut anda akan jadi elok bulat-bulat & keping-keping.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

Saturday, July 4, 2015

Victoria Sandwich Cake




Hola.....wahh bukan main hola kata nya....Dah tajuk entri mat salleh terus verangan nak jadi mat salleh...Uolls dah baca tajuk nya kan... Cik kuali nak share resepi Victoria Sandwich Cake dengan uolls... Tapi sebelum tu nak cerita la sikit pasal kek yang sedang gah nama nya disebut oleh baker online..... Nama kek ni diberi sempenan nama Queen Victoria yg menjadi Ratu United Kingdom Great Britain dan Ireland dari 20 Jun 1837 sehingga akhir hayatnya.... Kek sponge vanilla yang dilapiskan dengan whipping cream dan jam strawberi serta diatasnya ditaburkan dengan gula aising..... Tak perlukan kepakaran yang mendalam untuk menghias kek ni... Yang penting rasa kek sponge yg sedap & jam strawberi yang enak.... Jam strawberi boleh kita sediakan sendiri atau lebih mudah kita boleh beli dipasaraya yang sedia ada.... Pastikan jam yang sebenar bukan perisa tiruan atau tambahan.... Macam mana nak buat kek span/sponge yang sedap... Boleh ikut cara yang cik kuali berikan dibawah ini...

Bahan-Bahannya:-

Bahan Kek
220 gm tepung kek
30 gm tepung jagung
Secubit garam

Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250 gm gula castor
250 gm butter tanpa garam
2 sudu besar golden syrup
2 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur

Bahan Krim
1 1/2 cawan Heavy Whipping Cream atau boleh jugak guna non Dairy Whipping Cream
50gm cream cheese

Cara Membuatnya:-

Untuk Kek

  • Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu. Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di putar perlahan. Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata
  • Tambahkan tepung yang telah di ayak & kaup balik dengan spatula hingga rata
  • Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
  • Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
  • Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
  • Bakar kek selama 25 ~ 30 minit. Jangan terlebih masa nanti ia keras
  • Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jam atas kek.

Untuk Krim

  • Putarkan cream cheese hingga lembut.
  • Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental
  • Satukan cream cheese dan krim putar dan kaup balik rata. Masukkan dalam piping bag.
  • Kek yang dah sejuk kita potong bahagian atasnya yang keras. Letakkan satu keping kek atas lapik kek & paipkan cream di atasnya
  • Kemudian letakkan jam strawberi. Tutup dengan satu keping kek lagi


  • Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan berries yang segar
  • Anda boleh juga ayakkan gula icing di atas buah-buahan tadi

Thursday, July 2, 2015

Sambal Belacan Mangga


Salam Ramadhan.... Hari ni kita dah berpuasa yang ke berapa ye? Apa pun harap semua dapat berpuasa dengan sempurna.... Hari ini cik kuali nak share resepi Sambal belacan MELETTOOOPP... gitu katanya... Cik kuali memang pengemar sambal belacan...Tak kira makan apa pun nak sambal belacan... Yang paling digemari Sambal belacan mangga...tapi bukan mangga muda yer... Mangga yang kuning manis tu.... Kalau Sambal belacan Kuinin lagi la sedap.. Tapi buah kuinin ni ade musim nya... Bila tak ade tu kita ganti la dengan mangga ye....

Bahan-Bahannya:-

1 biji buah mangga kuning (dibuang kulit dan cincang isinya)
2 inci belacan (dibakar jgn sampai hangus)
15 biji cili padi
3 biji cili merah
Garam & gula secukupnya 

Cara Membuatnya:-

  • Tumbuk cili padi, cili merah, belacan bakar, gula & garam hingga lumat.
  • Kemudian masukkan mangga dan gaul rata. Rasa sedikit, jika ok boleh dihidangkan dengan ulam kegemaran anda.

Wednesday, July 1, 2015

Gulai Lemak Nenas Ikan Masin




Kali ini kita cuba buat lauk yang agak popular sebagai lauk kampung... Gulai Lemak Nenas & Ikan Masin... Tulis tajuk pun dah meleleh air liuq.. Hihihi....

Bahan-Bahannya:-

1/2 biji nenas saiz sederhana (dipotong kecil)
4-5 ketul tualng ikan masin kurau (dicuci & rendam dalam 15 minit)
1 batang serai (diketuk)
200ml pati santan
400ml santan cair (biasanya cik kuali guna 1 biji kelapa kemudian asingkan pati & santan cair)
1 keping asam gelugor / asam keping
Garam & gula secukupnya

Bahan Kisar:-
7 biji bawang merah 
3 biji bawang putih
3 biji cili merah 
10 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
1 inci kunyit hidup
Sedikit santan cair (dari bahan diatas)

Cara Membuatnya:-

  • Bahan-bahan kisar dikidar dengan halus. Kemudian tuangkan didalam periuk. 
  • Dalam periuk yang sama, masukkan baki santan cair, serai, asam gelugur, nenas. Kacau rata & masak hingga nenas separuh empuk. 
  • Kemudian masukkan ikan masin & tuangkan pati santan, Kacau perlahan & tambahkan sedikit garam serta gula.
  • Kacau selalu & biar mendidih sekejap dengan api kecil.
  • Rasa & jika ok boleh matikan api.
  • Hidangkan bersama nasi panas serta lauk lain mengikur kegemaran anda.