Sunday, October 6, 2013

Coney Dog.....



Teringin nak makan Coney Dog mesti pergi ke A&W kan....Apa kata lepas ni kita buat sendiri? Tahu tak uolls asal usul coney dog...Meh cik kuali nak story mory, Coney Dog berasal dari Amerika Syarikat dan sempena nama Pulau Coney...Ia mula dikenalkan dari abad ke-20 di Michigan dan lama kelamaan menjadi makanan kegemaran masyarakat Amerika Syarikat....So hari ini cik kuali nak kongsikan resepi coney dog yg telah diolah sedikit mengikut citarasa cik kuali....Menu ini cik kuali gunakan isi ayam kisar, uols boleh juga guna daging cincang /kisar....ikut selera masing2....menu ini sesuai untuk 5-6 org makan...

Bahan-Bahannya :-
400grm isi ayam kisar
1 biji bawang besar bombay (dipotong dadu)
1 sudu kecil rempah kari ayam
6 sudu besar sos tomato / pes tomato (tomato puree)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula perang
1 cawan air
1 sudu besar sos mustard (optional)

2 keping keju cheddar (cik kuali guna jenama Chesdale)
Sedikit garam
5 keping roti hotdog
5 keping sosej ayam (cik kuali guna jenama Ramly)

Cara Membuatnya:-

  • Dalam satu mangkuk, campurkan rempah kari, sos tomato, sos cili, sos mustard dan 1/2 cawan air.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. (tinggalkan lebih kurang 1-2 sudu bawang untuk hiasan)
  • Kemudian masukkan isi ayam kisar dan biarkan ia masak seketika.Kacau rata kerana isi ayam akan berketul-ketul jika tidak dikacau.
  • Setelah isi ayam kisar empuk, masukkan bahan sos yang kita telah bancuh awal tadi. Kacau hingga sebati semuanya. 
  • Tambahkan gula perang dan sedikit garam (jangan terlalu banyak garam kerana keju jugak akan menambahkan kemasinan). Jika kuah agak cair biarkan hingga sedikit kering. Jika kuah agak pekat tambahkan baki 1/2 cawan air tadi dan biarkan didih.
  • Akhir sekali masukkan keju cheddar. Kacau sebati & kuah akan menjadi pekat. 
  • Rasa dan jika ok padamkan api.
  • Kukuskan roti selama 1 minit dan sosej selama 7-8 minit. 
  • Hidangkan roti bersama sosej dan tuangkan 2 sudu kuah yg dimasak tadi. Taburkan bawang besar dadu diatasnya.   

Friday, October 4, 2013

Gulai Lemak Udang dan Cendawan




Yummmy...Semua orang suka makan udang kan...Mungkin ada segelintir yang kurang minat....Tak apa yang tak suka mungkin ada sebab tertentu....Menu kegemaran cik kuali sudah tentu Sambal Tumis Udang & Petai....Nak pulak sambal sikit pedas....Wallllaa...Boleh menitis air mata tu yang best...hehehe...So hari ini cik kuali nak kongsi satu resepi yang berkenaan dengan udang, Gulai Lemak Udang & Cendawan....Mudah je nak masak..

Bahan-Bahannya :-
20 ekor udang (dipotong hujung kepala & cuci bersih)
200grm cendawam tiram 
200ml santan pekat
400ml santan cair
3 biji cili merah (jika ingin pedas boleh campur sedikit cili padi)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang
1 inci kunyit hidup (atau 1/2 sudu kecil serbuk kunyit)
2 inci halia (dititik)
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-

  • Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan sedikit santan cair hingga halus.
  • Dalam satu periuk, masukkan bahan kisar, baki santan cair, cendawan tiram, dan halia.
  • Masakkan dengan api sederhana dan kacau selalu.
  • Setelah sedikit mendidih, masukkan santan pekat, udang dan sedikit garam. Kacau sebati & selalu.
  • Jangan masak udang terlalu lama. Setelah kuah mendidih, rasa dan jika ok padamkan api.

Tuesday, October 1, 2013

Pais Ikan Kembong



Pernah makan tak pais ikan? Cik kuali ni pun encik d yang kenal kan menu Pais ini...Dia ckp menu ini dari zaman dia kecil-kecil...Arwah Opah nya selalu buat...Bila encik D request menu ini? Cuba uolls bayangkan muka cik kuali macam mana....Selama 30 tahun ini tak pernah rasa pais tu mcm mana...tak pernah tahu pun rupanya mcm mana....terukkan cik kuali ni,...hihihi...Agak-agaknya macam mana nak masakkan kalau tak pernah rasa...Tapi sebab tak nak kecewakan encik D, apa lagi saya pun cari la resepi Pais Ikan Kembung....Setelah ditapis berbagai resepi yg jumpa...Ini la hasilnya...

Bahan-Bahannya :-

3 ekor ikan kembong (saiz sederhana)(disiang & cuci bersih)
2 helai daun kunyit (dimayang / dihiris halus)
2 cawan kelapa parut
1 biji bawang besar
6 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit segar
1 batang serai
1/2 cawan air
1 sudu besar air asam jawa
Beberapa helai daun pisang
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:-

  • Kisarkan sehingga halus bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi, kunyit dan serai dengan 1/2 cawan air.
  • Dalam satu mangkuk, campurkan kelapa parut, bahan kisar daun kunyit dan sedikit garam. Gaul sebati kesemua bahan
  • Kemudian tambahkan air asam jawa. Gaul semuanya hingga sebati. Rasa dan jika kurang garam tambahkan.

  • Ikan yang telah dicuci bersih, digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian disusunkan diatas daun pisang.
  • Bahan kelapa parut yang telah siap dilumurkan diatas ikan dan balut rapi daun pisang. 
  • Panaskan oven dan panggang pada suhu 180'C selama 20 minit. Terbalikkan ikan setiap 5-6 minit untuk pastikan ikan masak dengan sempurna.
  • Setalah siap hidangkan bersama nasi panas...