Wednesday, November 20, 2013

Paru Sambal



Paru adalah salah satu organ dalaman lembu....Sedap digoreng begitu sahaja ataupun dibuat sambal....Nama lain untuk paru ialah kelempung bukan cak lempung yer....Mungkin ada daerah tertentu memanggilnya kelempung.... Ok, macam mana nak masak paru nih? Pertama sekali kena cuci bersih dengan tepung dan garam...Tidak kira nak masak apa sekali pun harus direbus terlebih dahulu supaya senang untuk memotongnya nanti.....Macam mana pulak nak rebus kelempung nih? Ni tip yang diberi oleh mama cik kuali, dah cuci sebersihnya paru tadi, ambil tali dan ikatkan paru. Pastikan tali yang bersih dah selamat untuk masakan....Kenapa nak kena ikat dengan tali? Sebab kelempung ni kalau kita masuk dalam air untuk rebusnya akan terapung keatas.... So kalau dah ikat dengan tali akan tenggelam sikit la...Setelah paru empuk, boleh toskan air rebusan dan potong mengikut size yang anda suka untuk masak....Ni cik kuali nak share resepi sambal nye plak....

Bahan-Bahannya :-
1/2 kilo Paru atau Kelempung (yang telah direbus & dipotong ikut size sederhana nipis)
3 ulas bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji bawang besar (1 biji utk kisar & 1 biji dipotong bulat)
2 senduk nasi cili boh / cili kisar 
3 sudu besar air asam jawa
1 inci belacan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit kunyit

Cara Membuatnya :-

  • Gaulkan sedikit garam dan kunyit pada paru yg telah direbus dan dipotong nipis. Panaskan minyak dan goreng paru separa masak. Angkat dan ketepikan
  • Kisarkan cili boh bersama bawang besar dan belacan hingga halus. 
  • Panaskan kuali & minyak dengan api sederhana. Tumiskan bawang putih & bawang merah hingga naik bau. Tambahkan bahan kisar, garam & gula. Tumis hingga cili garing.
  • Kemudian masukkan air asam jawa. Rasa jika kurang boleh tambahkan garam / gula.
  • Akhir sekali masukkan paru & bawang besar potong bulat. Kacau hingga sebati semuanya.
  • Padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas. 


Monday, November 11, 2013

Fajitas Ayam



Fajitas atau lebih dikenali fajita adalah kombinasi masakkan dari negara Mexico dan Selatan Amerika atau lebih mudah dengan singkatan Tex-Mex (Texas-Mexico)..Menu ini boleh berasaskan daging, ayam atau udang dan dihidang bersama roti tortilla atau taco, bawang serta cili benggala. Istilah Fajitas adalah dari perkataan Sepanyol "Faja"yang bermaksud jalur. Masakan fajitas tidak kira daging, ayam atau pun bawang semua dipotong dalam keadaan memanjang atau jalur. So mcm mana nak masak Fajitas nih? Jika kita ada kuali sizzlling lagi bagus supaya fajitas lebih lama suhu kepanasannya....Kalau ikut cara cik kuali senang aja...cik kuali guna "non-stick pan" atau kuali tidak lekat katanya....Tapi cik kuali lebih suka guna grill pan Ikea....Mudah saja kerja cik kuali....

Sample Fajita Seasoning  Mix McCormick

Bahan-Bahannya : (untuk 2-3 org makan)
4 keping roti tortilla
400 grm dada ayam (dipotong jalur/memanjang)
1/2 biji bawang besar (dipotong jalur/memanjang)
1/4 biji cili benggala merah (dipotong jalur /memanjang)
1/4 biji cili benggala hijau (dipotong jalur /memanjang)
1/2 paket Serbuk Fajita Seasoning Mix Mc Cormick 
2 sudu besar air
Sedikit garam

Cara Membuatnya :

  • Ayam dibasuh bersih dan  toskan. Gaulkan ayam dengan secubit garam. Kemudian panaskan grill pan/non-stick pan & letakkan sedikit minyak
  • Ayam dibiarkan masak lebih kurang 8-10 minit. Kemudian angkat dan ketepikan. 
  • Guna kan kuali (grill pan / nonstick pan) yang sama, tumiskan bawang besar hingga naik bau dan masukkan cili benggala. Biarkan seketika
  • Dalam satu mangkuk, bancuhkan serbuk Fajita Mc Cormick dengan 2 sudu besar air. Kemudian tuangkan kedalam kuali dan kacau sebati bersama bawang dan cili bengala.
  • Masukkan dada ayam yg telah dimasak awal tadi. Kacau semua hingga sebati dan padamkan api.
  • Panaskan roti tortilla diatas kuali leper selama 2 minit setiap bahagian & angkat.
  • Dalam pinggan letakkan Fajitas ayam diatas roti tortilla, kemudian digulung. Lebih sedap jika dimakan panas.



Tuesday, November 5, 2013

Jemah's Aglio Olio



Aura kak jemah dah mai dah.....Uolls mesti biasa makan Aglio Olio kan....Apa tak pernah rasa Aglio Olio?? Sedih la uolls nih....Kak jemah dulu duduk Itali hari-hari makan pasta ok...Tapi dalam banyak2 yang ini je kak jemah suka sebab pedas-pedas gituuu....Org melayu uolls mcm mana pun cili tetap juga dicari...jgn smpai mulut tu kena cili sudahhh le..Oooppsss....Melalut lak kak jemah....So arini cik kuali bagi kepercayaan kat kak jemah untuk hupdate blog dia yg suam-suam kuku nih....Cik Kuali tu masak tak seberapa tapi verangan diva nak hupdate blog....Resepi ini kak jemah dah olah ikut citarasa kak jemah....Perlu ke ikut citarasa Itali uolls.... Bahan-bahan pun senang nak carik kat supe-maket kat Malaysia nih...Tak perlu smpai ke Itali....Let's kita tgk camne nak buat Aglio Olio...Resepi ini utk 2-3 org yer uolls...jgn pulak nak jamu sekampung tapi guna sukatan yg ini, pepandai la uolls gandakannya yer....

Bahan-bahannya :-
250gm / setengah kotak Spaghetti atau Fettuccine 
1/2 biji lada benggala (dipotong memanjang)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
5 biji cendawan butang (boleh guna dlm tin / yg segar) (dipotong nipis)
10-15 ekor udang (size sederhana) (dibersihkan)
4-5 sudu besar minyak zaiton (kak ton pun nak interprem jugak)
1/2 sudu besar cili serpih / chili flakes (letak lebih pun boleh kalau uolls nak pedas berdentum)
1/2 sudu besar serbuk pati ikan bilis Knorr


Contoh Cili Sepih / Chili Flakes
Sumber : Google 




Cara Membuatnya :-

  • Dalam periuk, masakkan air secukupnya untuk merebus Spaghetti / Fettucine. Setelah air rebusan mendidih masukkan sedikit garam sebagai perasa kepada pasta. Kemudian masukkan Spaghetti / Fettucine. 
  • Kacau sekali sekala bagi mengelakkan pasta melekat pada periuk. Setelah pasta empuk, toskan airnya dan ketepikan pasta.
  • Panaskan kuali dan minyak zaiton dengan api sederhana. Tumiskan bawang putih dan bawang besar bersama hingga naik bau. 
  • Masukkan udang dan cendawan butang. Biarkan seketika hingga udang separa masak
  • Kemudian tambahkan cili serpih / chili flakes, serbuk pati ikan bilis dan lada benggala. 
  • Akhir sekali masukkan pasta Spagehtti / Fettucine yang direbus awal tadi.
  • Kacau hingga sebati semuanya. Rasa dan jika kurang boleh tambahkan sedikit garam jgn terlalu bnayak kerana serbuk pati ikan bilis sudah memadai untuk perisa masin.
  • Jika sudah cukup rasa. Padamkan api dah hidangkan. Boleh taburkan cili serpih / chili flakes diatas nya untuk menambah kepedasann


Sunday, November 3, 2013

Sup Tulang



Adakala nak jugak sesekali makan menu yang bersup....Nak pulak time hujan-hujan sekarang ni...dapat sup panas dan makan dengan nasi putih ataupun cicah dengan roti bengali...Sedappp!!! Sup ada pelbagai cara dan bahan yang boleh digunakan...Terpulang kepada selera masing-masing...Ada yang suka letak rempah sup...ada pulak yang suka rasa keasliannya tanpa masukkan rempah cuma gunakan bahan-bahan asas sahaja....Ikut selera kita nak masak macam mana...Hari ini cik kuali nak kongsikan resepi Sup Tulang yang mengikuti selera kami sekeluarga....Resepi ini bersesuaian untuk 2-3 org makan....

Bahan-Bahannya :-
1/2 kilo tulang lembu (jika sedap ambil tulang yg ada isinya)
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu kecil lada hitam biji (dikisar)
1 sup bunjut Sup Tulang Adabi
3 sudu besar rempah sup serbuk Adabi / Babas
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang 
6 kuntum bunga cengkih
Garam secukupnya
Beberapa helai daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
Bawang Goreng

Cara Membuatnya :-

  • Tulang dicuci bersih & ditoskan. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk.
  • Kisarkan bawang besar, halia dan lada hitam dengan sedikit air sehingga halus.
  • Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tulang. Rebuskan tulang hingga separuh empuk. 
  • Tambahkan air jika kurang
  • Kemudian masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, rempah sup, sup bunjut dah garam secukupnya.
  • Kacau rata hingga sebati semua dengan rempah. Biarkan hingga daging empuk.(Bagaimana kita tahu dah empuk, ambil garfu dan cucuk ke bahagian daging..kalau lembut je maknanya dah empuk ya)
  • Setelah daging empuk, rasa dan jika ok padamkan api.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga garing. 
  • Angkat bawang tumis dan masukkan kedalam periuk sup tadi. Kacau sebati. 
  • Hidangkan dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.   


Friday, November 1, 2013

Tauhu Sos Plum


Lama sungguh cik kuali tak jenguk blog ni....Sepi tak update apa-apa resepi...Sorry ye uolls....Cik kuali sedikit busy.. (sebenarnya tak tau busy apa..hihihi)......Cik kuali nak share resepi simple je hari ini.....Lepas ini Insya Allah akan update resepi yang best sikit....

Bahan-Bahannya:

3 keping tauhu putih (dipotong 6 setiap keping)
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar air
1/4 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)

Cara Membuatnya: :-

  • Panaskan kuali dengan minyak & goreng sekejap tauhu tapi jangan sampai garing sangat. Angkat dan ketepikan
  • Kisar tanpa air cili merah, bawang putih & bawang merah hingga halus (atau boleh juga ditumbuk halus mengunakan lesung batu)
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga garing dan tambahkan gula dan garam.
  • Masukkan sos plum dan air. Kacau hingga masak semua nya.
  • Kemudian masukkan tauhu dan gaul hingga sebati. 
  • Rasa dan jika ok padamkan api. Taburkan daun bawang dan hidangkan.