Friday, April 26, 2013

Sambal Belacan Mangga


Oh indahnya kalau makan nasi ada sambal belacan, ikan masin & ulam-ulam.... Cik kuali memang suka sangat sambal belacan...Hari ini cik kuali dah siap masak Gulai Lemak Ketam....Hubby cik kuali kurang makan pedas-pedas...Tapi cik kuali bab makan pedas ni mmg kegemaran la....Kalau ada yg minat sambal belacan boleh la cuba resepi cik kuali...Sambal belacan Mangga...Pemilihan mangga terpulang kepada anda...mcm cik kuali suka yang separa masak sikit kerana masam sgt rasa mangga kurang minat... Pada yang suka mangga muda boleh saja...


Bahan-bahannya:-

1 biji buah mangga (dibuang kulit dan cincang isinya)
2 inci belacan (dibakar jgn sampai hangus)
15 biji cili padi
3 biji cili merah
Garam & Gula secukup rasa

Cara membuatnya:-

  • Tumbuk cili padi, cili merah, belacan bakar, gula & garam hingga lumat.
  • Kemudian masukkan mangga dan gaul rata. Rasa sedikit, jika ok boleh dihidangkan dengan ulam kegemaran anda. 

Gulai Lemak Ketam


Dua tiga ketam berlari
Mana nak sama si ketam bunga
Dua tiga ketam ku cari 
Gulai Lemak menjadi, hati berbunga-bunga

Yer tema masakan cik kuali hari Jumaat yang mulia ini ialah Ketam...Pada asal nya cik kuali nak masak Ketam bercili...tapi encik d saya kurang sikit dengan cili-cili ni...Jadinya cik kuali masakkan Gulai Lemak....

Bahan-Bahannya :-

4 ekor ketam bunga (dibersihkan)
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (disiat)
2 inci halia (dititik)
2 biji cili merah
6 biji cili padi (jika ingin pedas boleh tambah)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
250ml pati santan
500ml santan cair
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-

  • Ketam dibersihkan,cuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk.
  • Bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah dan kunyit hidup dikisar halus bersama sedikit santan cair. Tuangkan ke dalam periuk.
  • Masukkan baki santan cair, serai, daun kunyit dan halia. Kacau perlahan dengan api sederhana.
  • Gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna. Kemudian tuangkan pati santan. Tambah garam secukup rasa.
  • Kacau selalu dan perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

Wednesday, April 24, 2013

Hati Ayam Berempah


Suka makan hati ayam? Biasanya kita akan masak apa dgn hati ayam? Kebiasaannya kita akan goreng tak pun buat sambal atau masak kicap kan.... Cik kuali hangus ada resepi yang senang dimasak dan sedap dimakan..Lepas ni kalau ada hati ayam tu bole simpan dan cuba resepi cik kuali yer..

Bahan-Bahannya:-

500gm hati ayam (boleh campur dgn pedal ayam) 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu cili kisar / cili boh
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :-


  • Hati ayam dicuci bersih kemudian direbus hingga empuk, toskan airnya dan biarkan sejuk seketika.
  • Kisar halus bawang merah, bawang putih, bawang merah dan halia dgn sedikit air. Boleh juga gunakan air rebusan hati ayam tadi untuk kisar bahan-bahan ini.
  • Campurkan bahan yang telah dikisar dgn hati ayam yg telah direbus. Kemudian masukkan rempah kari, serbuk jintan manis, cili kisar, garam dan gula
  • Biar seketika bahan-bahan semua diperap.
  • Panaskan minyak (tidak terlalu banyak). Masukkan hati ayam yang telah diperap dan daun kari
  • Kacau rata dan sekali sekala hingga rempah garing
  • Jika cukup rasa boleh matikan api dan hidang dengan nasi panas.

Tuesday, April 23, 2013

Petua-Petua Di Dapur


Pernah tak dengar orang dulu-dulu cakap, kalau anak dara menyanyi kat dapur sambil memasak akan dapat suami tua nanti...Ala zaman nenek-nenek dan mak-mak kita dulu...Nak memasak tapi dalam masa yang sama nak test suara sedap ke tidak kan....Sebenarnya orang melayu kita ni penuh dengan adap sopan santunnya....Kalau dah sibuk nak menyanyi bila pulak nak siap lauk nya kan...gitewww....Okla uolls, Cik Kuali Hangus saja nak kongsi sikit petua-petua (petua yer bukan pantang larang)yang mungkin berguna untuk kita semua........In Sha Allah...

Petua-Petua Di Dapur

1. Ikan tetap segar
Siang ikan dan buangkan isi perut serta insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan didalam peti dinginbeku.

2. Hilangkan hanyir ikan
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.

3. Sayur kekal segar
Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpan didalam peti sejuk.Sayur tahan lebih seminggu.

4. Khasiat air beras
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.

5. Elakkan periuk kenduri jadi hitam
Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masak pada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.

6. Tulang ikan terubuk atau ikan parang
Untuk mengelakkan tulang, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita memakan isinya.

7. Bawang dikupas kulit tahan lama
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikupas awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk didalam petisejuk.

8. Mengupas kulit telur rebus
Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30
minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kupas kulitnya seperti biasa.

9. Tulang dan daging cepat empuk
Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersama sebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.

10. Pisau tidak berkarat
Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering. Kemudian barulah disimpan



Monday, April 22, 2013

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri



Siakap Sweet Sour gitteww....Ikan siakap mmg sedap kalau dimasak sweet & sour...Selain dari masak masam manis, kita boleh pelbagai cara memasak ikan ni...sebagai contoh kita boleh masak Asam pedas, Kukus, Panggang dan pelbagai lagi...Menu cik kuali hangus ni mmg senang disediakan...Cuba la nnti yer...

Bahan-Bahannya :-

1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 biji bawang besar (dipotong 6)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji lada bengala (dipotong dadu)
1 inci halia (dihiris)
Sedikit daun sup & dau bawang (dipotong halus)
1/2 sudu besar cili kisar / cili boh
2 sudu besar sos tomato
Sedikit air
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit tepung jagung

Cara Membuatnya :-

  • Ikan siakap yg telah dibersihkan, dikelar & lumur kan dengan tepung jagung serta sedikit garam
  • Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing
  • Kemudian panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar & halia hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah gula, sos tomato & air. Masukan lada bengala, tomato, daun sup & daun bawang
  • Biarkan seketika hingga pekat. Kemudian tuangkan diatas ikan.
  • Hidangkan dengan nasi panas.






Sunday, April 21, 2013

Mee Goreng Mamak



Menu makan malam kami malam ini ialah Mee Goreng Mamak... Mee dan bahan-bahan lain memang dah beli hari Rabu...Kalau simpan lama sgt mee kuning tak berapa sedap sgt nak makan...So sebelum hilang rasanya baik kita gorengkannya...Lagipun kami ni berdua, menu simple mcm ni pun sudah cukup....Mee goreng mamak mmg favorite saya...Sebelum ni encik D susah sgt nak makan mee....10 tahun bercinta tak pernah tgk dia order mee kalau keluar berdating...Konon ada cerita sejarah disebalik mee ni yg menghantui hidup nya...hehehe..mcm-mcm la encik D saya tu...Tapi selepas kami berkahwin, saja saya masakkan mee kadang-kadang tu dan bagi dia rasa...Lama kelama dia dah mula suka makan mee...Uolls ada yang teringin nak cuba resepi cik kuali hangus ni....Bolehlah cuba yer...

Bahan-Bahannya :-

500 gram mee kuning (dicuci dan ditoskan)
10 ekor udang (dibuangkan kulit dan bersihkan)
2 ekor sotong putih (dibersihkan)
1 keping tauhu (digoreng dan dipotong sederhana nipis)
2 keping fishcake (dipotong nipis)
1 biji tomato (dipotong 8)
1 genggam taugeh
1 cekak sawi (dipotong dan dibasuh)
1 biji telur
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 sudu besar cili boh / cili kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kicap cair 
Sedikit air

Cara Membuatnya :-

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih & bawang merah sehingga harum.
  2. Kemudian masukkan cili boh dan tumis hingga cili garing. Tambah udang & sotong. dan biarkan masak sekejap.
  3. Masukan sedikit air. Tambahkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat, kicap cair, kicap manis. Diikuti dengan telur. Biar telur mengeras sedikit dan kacau hancur.
  4. Boleh masukakn fishcake, tauhu & tomato. Diikuti dengan sayur sawi, taugeh & mee kuning.
  5. Gaul rata dan biarkan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh dimatikan api.
  6. Hidangkan panas-panas dengan hirisan limau kasturi & bawang goreng (jika ada)

Friday, April 19, 2013

Mood Malas Masak


Mood malas memasak dah mai dah...bila rajin macam-macam lauk kita nak cuba memasak...bila waktu yg malas tu, apa lagi mmg makan kat luar la jawapnya...hehehe....So mlm tadi encik d cadangkan nak makan di Kampung Baru....bila dia tanya nak makan apa jer....terus  beku kepala otak ni nak jawap apa nak makan...sbb kehendak perut ni mcm2 kan :)....
Pilih punya pilih tempat makan akhir kami punya pilih Restoran Ton Phai..dah nama pun ala ala Siam gitu kan...harus hidangkan masakan Thai...sebelum ni dah pernah cuba...tgk servis cepat, makanan pun rasa sedap, dan harga pun berpatutan tu yg dtg repeat lagi ke sini...
Malam tadi menu pilih kami, Tom Yam Campur, Paprik Ayam, Kailan Ikan Masin & Kerang Bakar (favourite encik d)...Alhamdulillah semua lauk pilihan menepati citarasa kami...Tomyam Campur bukan setakat ada ayam, daging ngn udang je...tapi siap ada ketam, lala, cendawan lagi tu...Paprik Ayam & Kailan ikan masin secukup rasa...sedap dimakan....
Restoran ini terletak di area Jalan Raja Uda sama jalan dgn Juara Tomyam yg fofular tu....fofular ke? ...hehehehe.... Kalau ade yg nak mencuba boleh la ke restoran ni....mcm-mcm menu lain lagi yg sedap2..ok lah cik kuali dah mengantuk...Moga-moga esok datang balik mood rajin ke dapur....

Wednesday, April 17, 2013

Meehoon Sup Sonang Bonar....




Menu simple je untuk makan malam tadi sbb cik kuali hangus malas nak makan nasi....Diet ke? Ehhh tak la...So malam tadi tukar sikit menu kepada Meehoon Sup...Tapi meehoon sup cik kuali ni simple & bahan-bahan pun apa yang ada dalam peti ais jer...Kiranya main campak-campak je bahan-bahan nya...hehehe :)  
Bahan-Bahannya

Mee hoon secukupnya (direndam dan biarkan lembut kemudian toskan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
10 ekor udang (dibuang kulit)
2 ekor sotong putih (dibuang kulit dan potong bulat)
100gram Isi ayam (dipotong dadu)
1 keping fish cake (dihiris)
1 biji tomato (belah 6)
1/2 batang lobak merah (dipotong nipis)
500 liter air rebusan udang

(kulit udang direbus & toskan air nya) atau pun boleh tukar kepada stok ayam
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Cili merah untuk hiasan (dihiris)


Cara-cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan sotong, ayam, udang & serbuk lada hitam. Tumis sehingga ayam dan lain-lain masak sedikit.
  • Tambahkan air rebusan udang, lobak merah, tomato & fish cake. 
  • Ditambahkan garam.  Jika rasa sudah menepati citarasa kita boleh dimasukan mee hoon
  • Biarkan mee hoon & bahan-bahan lain elok dimasak. Kemudian bole dihidangkan panas-panas.

Ayam Kicap



Mudah...Ringkas & bahan-bahan senang disediakan...Ada kalanya kita nak jugak makan makanan yg tidak pedas atau lauk yang ringkas....cik kuali hangus ni pun bukan pandai sgt memasak nya...tapi saja suka-suka nak kongsi resepi dgn kawan-kawan....tak salah kan....kalau memasak ni sebenarnya, kita boleh saja mengikut rasa hati kita untuk mengunakan bahan-bahan yang ada di dapur...tidak semestinya 100% kena ikut buku resepi...betul tak....ok la uolls....kalau rasa nak try masak Ayam kicap cik kuali hangus ni boleh la mencuba yer...

Bahan-Bahannya :-
Resepi ni sesuai untuk 2-3org

1/2 ekor Ayam (dipotong sederhana kecil)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji cili merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
1 inci halia (dihiris nipis)
6 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit serbuk lada hitam (yg suka lada hitam bole letak lebih)
Sedikit garam
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :

  1. Ayam dibersihkan & dibasuh...Kemudian gaul sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam tadi dengan api yang sederhana. Angkat & toskan minyaknya.
  2. Guna kuali yg sama, tinggalkan sedikit minyak, kemudian tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau, masukkan serbuk lada hitam serta sedikit garam kacau dan tuang sedikit air
  3. Masukkan kicap manis dan kicap pekat, kacau rata dan tambah ayam
  4. Gaul kesemua bahan tadi hingga sebati. Masukkan bawang besar dan juga cili merah...
  5. Biarkan seketika. Kemudian boleh angkat dan dihidangkan bersama nasi putih....

Tuesday, April 16, 2013

Habis hangus kuali aku!!!!

Kenapa kuali? Nape kena letak nama kuali tuk blog nih....sbb nya kuali ni satu benda yg paling penting tuk setiap dapur....tak kire la kite masak ke tidak...tapi mesti ade kuali kan...Kalau kite tgk mak-mak kite lagi la dari sekecik2 kuali sampai ke sebesar2 kuali diorg ade....hobi katanya kumpul kuali banyak-banyak...itula mak-mak kite nya hobi kan...

Sebenarnya, saya ni bukan la rajin  sgt nak berblog nih...tapi sbb kan minat memasak & makan-makan, tu yg mcm nak kongsi resepi & tempat makan yg menarik dgn semua org...boleh giteeww :)

Kuali hangus ni ade kisah disebaliknya....hehehe nak cerita tapi malu la plak... biasa la zaman muda remaja, memasak ni bukan satu minat pun...bila mama bising suruh tolong dia memasak, liat sgt nak ke dapur sbb nak tgk tv...time tu la mcm-mcm cite best keluar kat tv tu...ok la mama suh tolong goreng ikan kaedah nye...simple kan...mama dah masak lauk lain, dia nak mandi sbb berpeluh duk kat dapur kan...dengan langkah kaki yg berat, ambil la kuali nye...mama ckp "haaa panas kan dulu kuali tu baru masuk ikan"....yg empunya diri nak goreng ikan ni pun mengikut la arahan yg diberi... Ambil kuali, basuh dulu sbb tak tau kan ade lipas ke, cicak ke yg mlm td dah main kejar2 kat kuali kite tu...Pastu diletak nya kuali atas dapur, tekan pemetik api bermula adegan "memanaskan kuali".....kuali dgn air2 lagi tu mcm lambat nak kering lagi kan, nak letak minyak mcm lambat je lagi...apa lagi si pengoreng ikan ni pun pegi la tgk tv dulu...haaaaaaa, sempat kau tgk tv...dah tgk tv, apa jadi? harus la lupa apa yg ade kat dapur tu..... jeng..jeng..jeng...

Dengan jeritan halilintar, mama jerit dari dapur "Habis hangus kuali aku"..... Rupanya, kuali yg dibiarkan ingat "lama" lagi nak kering tu dah berasap2...hampir nak terbang...hehehe kalau jadi kuali terbang mau kena hamukan puaka dari mak aku.....Apa lagi bebelan demi bebelan aku terima...salah satu ayat perebet mamaku " mcm mana nak berlaki masak pun tak reti ni...esok laki nak makan apa..isshhh malu la anak dara tak reti masak..mama dulu, sebelum kahwin dah tau masak bla...bla...bla..."

Sekarang ni saya dah kahwin, Alhamdulillah memasak adalah hobi saya....Thanks mama sbb sudi ajar & bagi ilmu dapur kat anak mu ini....