Dua tiga ketam berlari
Mana nak sama si ketam bunga
Dua tiga ketam ku cari
Gulai Lemak menjadi, hati berbunga-bunga
Yer tema masakan cik kuali hari Jumaat yang mulia ini ialah Ketam...Pada asal nya cik kuali nak masak Ketam bercili...tapi encik d saya kurang sikit dengan cili-cili ni...Jadinya cik kuali masakkan Gulai Lemak....
Bahan-Bahannya :-
4 ekor ketam bunga (dibersihkan)
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (disiat)
2 inci halia (dititik)
2 biji cili merah
6 biji cili padi (jika ingin pedas boleh tambah)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
250ml pati santan
500ml santan cair
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya :-
- Ketam dibersihkan,cuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk.
- Bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah dan kunyit hidup dikisar halus bersama sedikit santan cair. Tuangkan ke dalam periuk.
- Masukkan baki santan cair, serai, daun kunyit dan halia. Kacau perlahan dengan api sederhana.
- Gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna. Kemudian tuangkan pati santan. Tambah garam secukup rasa.
- Kacau selalu dan perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api..
No comments:
Post a Comment