Pernah tak dengar orang dulu-dulu cakap, kalau anak dara menyanyi kat dapur sambil memasak akan dapat suami tua nanti...Ala zaman nenek-nenek dan mak-mak kita dulu...Nak memasak tapi dalam masa yang sama nak test suara sedap ke tidak kan....Sebenarnya orang melayu kita ni penuh dengan adap sopan santunnya....Kalau dah sibuk nak menyanyi bila pulak nak siap lauk nya kan...gitewww....Okla uolls, Cik Kuali Hangus saja nak kongsi sikit petua-petua (petua yer bukan pantang larang)yang mungkin berguna untuk kita semua........In Sha Allah...
Petua-Petua Di Dapur
1. Ikan tetap segar
Siang ikan dan buangkan isi perut serta insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan didalam peti dinginbeku.
2. Hilangkan hanyir ikan
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.
3. Sayur kekal segar
Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpan didalam peti sejuk.Sayur tahan lebih seminggu.
4. Khasiat air beras
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.
5. Elakkan periuk kenduri jadi hitam
Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masak pada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.
6. Tulang ikan terubuk atau ikan parang
Untuk mengelakkan tulang, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita memakan isinya.
7. Bawang dikupas kulit tahan lama
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikupas awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk didalam petisejuk.
8. Mengupas kulit telur rebus
Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30
minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kupas kulitnya seperti biasa.
9. Tulang dan daging cepat empuk
Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersama sebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.
10. Pisau tidak berkarat
Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering. Kemudian barulah disimpan
No comments:
Post a Comment