Wednesday, December 25, 2013

Udang Bersos Mangga


Udang oh udang....Apa lagi yg kita boleh masak dengan udang ye? Sambal petai udang dah biasa....gulai lemak udang pun dah biasa.....udang goreng kunyit pun dah biasa...Cik kuali dapat idea utk masak udang sos mangga...elok pulak ada mangga kat rumah....Rasa macam masam masam manis gitu....

Bahan-Bahannya :
10 ekor udang bersaiz XL (dipotong hujung & dibersihkan)
1 biji mangga (dipotong dadu)
2 biji cili masak (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1/2 biji cili benggala (dipotong dadu)
Beberapa helai daun sup & daun bawang (dihirs halus)
1 sudu kecil tepung jagung
Garam & gula secukup rasa

Cara Membuatnya :


  • Gaulkan udang dengan sedikit garam dan tepung jagung. Panaskan minyak & gorengkan udang hingga garing. Angkat, toskan & ketepikan.
  • Kisarkan cili merah bersama bawang putih
  • Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang besar & bahan kisar hingga naik bau.
  • Tambahkan gula & garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan sos plum, sos cili thai, sos tomato, lada benggala & mangga. 
  • Akhir sekali gaulkan udang yg telah digoreng awal tadi dengan kuah hingga sebati.
  • Rasa dan jika ok, padamkan api. Taburkan daun sup & daun bawang
  • HIdangkan bersama nasi panas.

Wednesday, December 11, 2013

Ikan Kembung Berlado


Ikan kembung antara ikan antara ikan kegemaran encik d.....kalau ke pasar mesti beli ikan kembung yg kecil-kecil sebab rasanya lemak manis gituuu....Tapi yg peritnya ialah nak disiang ikan kenit2 tu...Selalunya ikan kembung ni cik kuali goreng biasa je...Bila ada kerajinan lebih, cik kuali buatkan sedikit cili untuk digaul dengan ikan dan jadi la ikan kembung berlado....Senang sangat menu ini tapi cik kuali nak jgk kongsi dengan uoolls...

Bahan-bahannya :-

6 ekor ikan kembung yang saiz sederhana (dibersihkan)
3 ulas cili merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 keping asam gelugor
Garam & gula secukup rasa
Sedikit kunyit

Cara Membuatnya :-

  • Ikan yang telah dibersihkan, digaulkan dengan sedikit garam & kunyit. 
  • Kisarkan cili merah, bawang merah & bawang putih tanpa air hingga halus atau boleh juga ditumbuk dengan lesung batu.
  • Kemudian gorengkan ikan hingga garing. Angkat & ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan garam & gula secukup rasa serta asam gelugor
  • Rasa dan jika ok,  biarkan seketika akhir sekali gaulkan ikan dan biarkan seketika.
  • Padamkan api & hidangkan 

Sunday, December 8, 2013

Nasi Goreng Ayam


Nasi Goreng Ayam....Bunyi macam selalu dengar kat kedai kan....Apa kata kalau sesekali kita masak sendiri pulak nasi goreng ayam ni....Mungkin lebih sihat, kurang MSG & lebih sayuran....Usia makin meningkat pemakanan pun kena jaga uolls....So tak perlu cerita lebih-lebih....Jom kita tgk macam mana nak masak nasi goreng ayam cik kuali....

Bahan-Bahannya (untuk 3-4 org makan)

Nasi Goreng 

3 pot nasi (lebih sedap jika nasi dimasak awal dan disejukkan)
2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar halus)
3 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar halus)
3 sudu besar cili kisar / cili boh
1 keping dada ayam (dipotong kecil)
10 ekor udang (dibersihkan)
5 biji bebola ikan (dibelah 2)
1 cawan sayur campuran / mix vege (carrot,kacang peas & jagung)
1 biji telur
1 sudu kicap cair
Beberapa helai daun sup & daun bawang (dihiris halus)
Garam secukupnya

Ayam Goreng 
4 ketul ayam bahagian peha (dicuci bersih & toskan)
Sedikit kunyit & garam

Cara Membuatnya :

Nasi Goreng 
  • Panaskan sedikit minyak dengan api sederhana, tumiskan bawang putih & bawang merah hingga naik bau.
  • Tambahkan cili kisar / cili boh & sedikit garam. Tumis cili hingga garing
  • Setelah cili garing, masukkan udang, ayam, & bebola ikan. Kemudian masukkan sayur campuran & kacau rata. Biarkan seketika hingga semua bahan empuk / masak.
  • Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga telur separa masak. Kemudian masukkan nasi & kicap cair
  • Gaul / Kacau hingga nasi sebati dengan semuanya. Akhir sekali masukkan daun sup & daun bawang. 
  • Rasa dan jika kurang tambahkan garam / kicap cair. Kacau hingga nasi sempurna dengan semua bahan dan padamkan api.
  • Hidangkan bersama ayam goreng
Ayam Goreng 
  • Panaskan minyak dengan api sederhana. Gorengkan ayam hingga garing / masak.
  • Angkat & toskan minyak nya. Kemudian hidangkan ayam bersama nasi goreng dan sedikit sos. 

Tuesday, December 3, 2013

Ketam Bercili


Bila balik dari kerja mesti kena pikir balik ni nak masak apa? Menu apa yg sedap? Nak masak ke nak makan luar? Sememangnya masak sendiri lebih puas hati dan puas makan berbanding makan kat luar...Tapi mood malas adakalanya menyapa dikala bulan purnama tu yg payah sikit....Kalau malas sampai 2 minggu tak masak pun ada....itu cik kuali org lain mugkin lebih rajin dari cik kuali kan....So menu semalam pulang dari kerja ialah Ketam....Dah ade bahan utama, nak pikir pulak nak dimasak apa ketam ni....Gulai lemak? Goreng saja? Rebus saja? Atau bercili? Yang ringkas dan senang ialah Ketam Bercili....Meleleh air mata encik d makan pedas....Tak pe sesekali katanya.

Bahan-Bahannya :-
3 ekor ketam bunga (dicuci bersih & ditoskan)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 sudu besar udang kering (direndam dahulu, kemudian toskan & kisar halus tanpa air) 
2 senduk nasi cili boh / cili kisar
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa

Cara Membuatnya:-

  • Kisarkan cili boh bersama bawang merah dan bawang putih. Kemudian kisar udang kering tanpa air. 
  • Gaulkan sedikit garam padam ketam yang telah dicuci bersih. Panaskan kuali dan minyak dengan api sederhana. Gorengkan ketam tersebut hingga warna kulit bertukar merah / oren. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar & udang kering hingga garing. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  •  Kemudian masukkan sos tomato & sos tiram. Kacau sebati dan rasa jika kurang tambahkan garam atau gula secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar potong & ketam. Kacau hingga rata semua ketam dan sambalnya. 
  • Padamkan api & hidangkan.