Saturday, August 24, 2013

Serawa Durian



Apa yang dimaksudkan dengan Serawa? Serawa bermaksud bubur manis, pengat atau manisan... Sebelum ini cik kuali ada kongsikan resepi roti jala...Cik kuali suka makan roti jala dengan serawa durian...Jadinya hari ini cik kuali nak kongsikan resepi serawa durian....Rasanya ramai lagi yang hebat-hebat pandai membuat bubur durian ini..

Bahan-bahannya:-

6 ulas durian
500 ml santan
3 helai daun pandan (dicuci dan diikat simpul)
2 biji telur
5 sudu besar gula
(boleh tambah gula melaka jika suka)

Cara Membuatnya :-

  • Dalam satu mangkuk, pukul telur dan santan hingga sebati keduanya.
  • Kemuadian masukkan ke dalam periuk, tambahkan gula, daun pandan dan durian.
  • Masakkan kesemua bahan diatas api yang sederhana. Kacau selalu hingga menjadi pekat.
  • Rasa jika cukup manis gulanya, padamkan api.
  • Hidangkan bersama roti atau roti jala.

Wednesday, August 21, 2013

Roti Jala




Sudah lama simpan hajat untuk belajar membuat roti jala sendiri...Acuan dah lama pinjam dengan mama cik kuali.. ..kuali leper pun encik d dah belikan...Cukup dah semuanya cuma resepi ngan sifu je belum ada...Minggu cuti raya yang lepas cik kuali gunakan sebaik mungkin untuk belajar buat roti jala ngn mama cik kuali...Mula-mula menjala itu agak tak reti jugak...tapi lama kelamaan dah pandai menjala dah cik kuali..hehehe....

Bahan-Bahannya:-

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
3 cawan air
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara Membuatnya :-
  • Lebih mudah jika kita menggunakan pengisar atau blender untuk membancuh semua bahan-bahan diatas. Ini kerana dengan pengisar, tepung gandum lebih mudah sebati.
  • Masukkan tepung, santan, air dan garam ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati semuanya.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk sambil menapis untuk asingkan ketulan tepung (jika ada)
  • Kemudian tambahkan pewarna kuning dan kacau sebati hingga mendapat warna yg dikehendaki.
  • Masukkan sedikit didalam acuan dan cuba tengok aliran keluar, jika aliran putus-putus, tambahkan sedikit air.
  • Panaskan kuali leper atau non-stick pan. Sapukan sedikit minyak. Kemudian ambil acuan yang berisi tepung bancuhan dan putarkan diatas kuali. Biarkan seketika.
  • Setelah masak, angkat dan letakkan dalam pinggan. Gulung mengikut bentuk yang dikehendaki.
  • Siap untuk dimakan bersama kuah kegemaran anda... 

Tuesday, August 20, 2013

Telur Dadar Berlauk



Telur dadar biasa dah terlalu bosan....Ni cik kuali ada resepi telur dadar berlauk yang mudah disediakan...Biasa kita makan telur bungkus yang lauknya dibungkus didalam telur....Cara cik kuali letakkan saja diatas telur dadar tak perlu dibungkus-bungkus... :)

Bahan-Bahannya:-

3 biji telur
1 sudu besar mayonis
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
200 grm dada ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
2 ketul sosej (dihiris nipis)
1/2 cawan sayur campuran / frozen mixed vegetable
3 ulas bawang merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Sedikit air
Beberapa helai daun bawang (dihiris halus)
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-
  • Dalam mangkuk, pukul telur bersama bawang, mayonis dan sedikit garam. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan gorengkan telur hingga masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Tambahkan cili kisar dan masakkan cili hingga garing.
  • Kemudian masukkan isi ayam dan biar seketika hingga ayam empuk.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sosej, sayur campur dan sedikit air. Tambahkan sedikit garam. Kacau hingga sebati semuanya.
  • Rasa dan jika ok padamkan api. Tuangkan diatas telur dadar yang dimasak awal tadi dan taburkan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.


Monday, August 19, 2013

Kari Ayam & Telur Rebus


Kari ayam sedap kalau makan dengan nasi panas dan sambal belacan...Kalau nak sedap lagi makan dengan ikan masin....Uuuiiii itu memang bertambah nasi kita makan.....Ini cik kuali nak kongsi resepi kari ayam...

Bahan-bahannya :- (untuk 2-3 org makan)

1/2 ekor ayam (dipotong kecil dan bersihkan)
3 biji telur rebus (dibuang kulitnya)
2 biji kentang (dipotong 6 setiap biji)
3 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu besar cili kisar
300ml santan pekat
600ml santan cair
1 biji bawang besar (dikisar dengn sedikit air)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Beberapa kuntum bunga cengkih
Beberapa daun kari
Garam secukupnya
Sedikit kunyit

Cara Membuatnya:-
  • Ayam yang telah dibersihkan, gaulkan sedikit kunyit dan garam. Ketepikan
  • Kisarkan bawang besar dengan sedikit air. Tuangkan dalam mangkuk dan bancuh bersama rempah kari dan cili kisar.
  • Panaskan periuk dengan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bawang putih,halia dan bawang merah hingga naik bau. Tambahkan daun kari, kulit kayu manis, bunga cengekih dan bunga lawang. 
  • Kemudian masukkan bancuhan rempah kari. Kacau rata hingga rempah garing.
  • Masukkan ayam dan kacau hingga sebati dengan rempah. Biarkan seketika. 
  • Tambahkan santan cair, garam dan kentang. Masakkan hingga ayam dan kentang empuk
  • Kacau dan masukkan santan pekat. Kemudian masukkan telur rebus. Kacau selalu hingga pecah minyak.
  • Rasa dan jika ok padamkan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Sunday, August 18, 2013

Chapati


Hari minggu yang tenang dan sejuk kerana hujan buat kan cik kuali agak liat untuk bangun tidur...hehehe...Bila dah bangun tidur kena fikirkan apa nak masak untuk sarapan pagi...Jenguk-jenguk dalam peti sejuk ada baki kari ikan yang masih elok...kalau di cicah dengan chapati sedap kan....Emmmm cik kuali ada beli tepung atta tapi tak kesempatan nak buat chapati lagi....Nak buat chapati tak susah macam nak buat roti canai....Meh cik kuali nak kongsikan resepinya....

Bahan-Bahannya:- (sesuai untuk 2-3 org makan)

225gm tepung atta
150ml air suam
1 sudu besar minyak sapi
Secubit garam
Sedikit tepung atta (untuk mencanai)

Cara Membuatnya :-
  • Dalam satu mangkuk, masukkan tepung atta, minyak sapi & garam
  • Tuangkan air sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga menjadi doh dan sebati semua bahan
  • Biarkan doh didalam mangkuk dan tutupkan dengan sehelai kain lembab / basah selama 30 minit.
  • Selepas itu, bahagikan doh kepada beberapa bola kecil. Diatas papan pencanai, taburkan sedikit tepung atta. Canai nipis setiap bebola kecil.
  • Panaskan kuali tanpa minyak (seeloknya guna non-stick pan). Masakkan setiap keping dengan api sederhana.
  • Setelah beberapa minit atas kuali, doh akan bertukar warna dan kembung di beberapa bahagian. Ditekan-tekankan bahagian kembung dan terbalikkan.
  • Biarkan masak kedua bahagian (jangan garing sangat nnti doh menjadi keras dan liat).
  • Angkat dan letakkan diatas pinggan. Tutup chapati dengan kain bersih atau masukkan dalam bekas tertutup. Ini kerana wap panas dalam bekas tertutup boleh membuatkan chapati lebih lembut.
  • Hidangkan dengan lauk kegemaran anda. 

Friday, August 16, 2013

Sakura Kristal

  Wah nama Sakura sakura sgt nih...Jepun ke? Dengar pada nama macam ala-ala restoran Jepun kan? Tapi menu Restoran Sakura Kristal ini tiada satu pun berkenaan dengan makanan Jepun...Konsep menu restoran ini lebih kepada "Asian Cuisine" dan makanaan barat...Cik kuali dah cuba beberapa menu di restoran ini dan semuanya sedap serta menepati citarasa kami...Restoran Sakura Kristal mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang, diantaranya di Setapak, Taman Melawati, USJ, Setia Alam dan Kota Damansara...Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari laman web Restoran Sakura..

  Restoran Sakura Kristal juga ada menyediakan promosi mengikut musim sebagai contoh di bulan Ramadhan terdapat promosi set Ramadhan. Untuk bulan-bulan lain terdapat set sarapan pagi, tengahari dan minum petang dengan harga yang berpatutan. 

  Cik kuali nak kongsikan beberapa menu yang cik kuali dan encik d pernah cuba...Yang paling cik kuali suka ialah "Mango Crispy Chicken"...Isi ayam yang disadur tepung dan digoreng garing. Kemudian dimasak bersama potongan mangga dan sos.. Selain itu menu yang sedap "Sweet Sour Fish Fillet"...Isi ikan yang digoreng garing dan kemudian dituangkan sos masam manis diatasnya...Kedua menu ini berharga RM18.00 sepinggan dan boleh dimakan bersama 2-3 orang....

Sweet Sour Fish Fillet
Mango Crispy Chicken
  Menu lain yang menarik perhatian cik kuali dan juga menjadi "signature dish" restoran ini ialah "Peranakan Seafood Curry"...Apa yang ada dalam kari ini? udang, lala, lokan, kepah, terung dan bendir... Dihidangkan panas-panas dan kuah kari yang pekat dan sedap....Harga untuk semangkuk ialah RM18.00... Cik kuali juga suka menu "Sambal Udang Petai" dari restoran ini...Udang yang segar dan dimasak bersama petai dengan sambal yang cukup garing. Rasa nye memang menusuk kalbu...Harga sepinggan RM 19.00...Kedua menu ini boleh dimakan bersama 2-3 org...So uolls jgn berangan nak order smua ini makan seorang-seorang yer...Jenuh...Mengah nak abiskan nya nnti...Selain dari menu yang cik kuali ceritakan ada juga menu mee yang menyelerakan disediakan....Anda boleh membuat pesanan mengikut selera anda.... 

Sambal Udang Petai
Peranakan Seafood Curry

  Faktor lain yang menyebabkan kami selalu makan disini ialah servis dan juga tempat makan yang selesa...Jika kita makan di luar tak kira di gerai ataupun restoran, sudah semestinya servis yang diberikan harus bagus dan cepat. Cepat bukan bermaksud kita order dalam masa 5 saat siap semuanya, tapi masa menunggu yang berpatutan bukan selama 1 jam untuk kita tunggu makanan kita siap..


Saturday, August 10, 2013

Laksa Utara



Mai mai laksa utara dah mai dah.....Haaa Laksa....Dalam pelbagai jenis laksa yang ada di Malaysia ini, cik kuali paling gemar sekali laksa utara...Encik D pun pengemar laksa...Jadinya Jumaat lepas cik kuali masakkan laksa untuk menu berbuka kami...Boleh dikatakan mudah untuk memasak laksa, cuma perlukan kesabaran untuk menyediakan bahan-bahannya...Kuah laksa yang pekat dan sedap boleh buat kita teringat-ingat nak makan laksa....

Bahan-Bahannya :- (untuk 4-5 org makan)

450grm laksa (lebih kurang sebungkus)
1 kg ikan kembung (dibersihkan)
Seikat daun kesum 
2 kuntum bunga kantan (dipotong kasar)
4 keping asam gelugur / asam keping
1/2 inci lengkuas (dititik / ditumbuk sedikit)
1 batang serai (dititik / ditumbuk sedikit)
1.5 liter air
2 sudu besar pes udang / petis udang / otak udang
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
3 biji cili merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah

Bahan-Bahan Ulaman / Sampingan
1 biji timun (dipotong nipis dan memanjang)
2 biji cili merah (dihiris halus)
6 biji cili padi (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 tangkai daun pudina
Beberapa helai daun salad (dihiris halus) - cik kuali tak letak
4 biji limau kasturi (dibelah 2 dan buang bijinya)
4 biji telur rebus (dikupas kulit dan dibelahkan 2)
Sedikit hirisan bunga kantan

Cara Membuatnya:-


  • Rebuskan laksa hingga masak. Toskan airnya dan ketepikan
  • Masukkan ikan yang telah dibersihkan bersama 1 liter air ke dalam periuk. Direbus ikan hingga masak. Angkat ikan yang telah masak dan ketepikan air rebusan.
  • Ikan yang telah direbus, diasingkan tulang temulang dari isinya. Kisarkan isi ikan hingga sedikit halus dengan air rebusan dan tuangkan dalam periuk bersih
  • Kemudian dikisar pula tulang dan kepala ikan bersama air rebusan. Sebelum dituangkan ke dalam periuk, tapiskan terlebih dahulu. 
  • Kisarkan bahan kisar dengan baki air rebusan dan tuangkan ke dalam periuk. Tambahkan daun kesum, bunga kantan, asam gelugur, lengkuas dan serai
  • Masakkan kuah hingga mendidih. Kacau sekali sekala. Jika kuah agak pekat, masukkan baki 500ml air. 
  • Kemudian masukkan pes udang / petis dan garam secukup rasa. Setelah kuah didih, rasa dan jika ok padamkan api.
  • Hidangkan laksa bersama bahan ulaman.  


Thursday, August 1, 2013

Makaroni Goreng


Lama sungguh cik kuali ini berehat update resepi yer...seminggu ada kot....yer la tak masuk dapur itu yang kurang resepi keluar....Jemputan berbuka puasa buatkan cik kuali jadi malas nak memasak pulak yer...So apa yang uolls masak berbuka tadi? Cik kuali dapat jemputan berbuka puasa di Hotel Mandarin Oriental...Syukur pada rezeki yang diberi...Apa pun amalan puasa dan solat kita jangan tinggal....Resepi cik kuali nak kongsi kan ini cik kuali masak unutk bersahur 3 hari lepas....Cik kuali rasa anda semua lagi teror memasak makaroni goreng kan....Jom kita tengok bahan yang diperlukan...

Bahan-Bahannya :- (untuk 2-3 org makan)

250grm Makaroni (direbus hingga lembut dan toskan airnya)
100grm daging kisar
1/2 batang lobak merah (diparut @ dihiris halus)
10 ekor udang (dibersihkan)
7 biji cendawan butang (dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 sudu besar cili kisar / cili boh
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu besar sos tomato
150ml stok ayam / air
Beberapa helai daun bawang dan daun sup (dihiris halus)
Garam dan gula secukupnya
1/2 sudu makan majerin / mentega

Cara Membuatnya:- 
  • Makaroni yang telah direbus, ditoskan airnya dan ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak dan majerin. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan dan biarkan hingga cili garing.  
  • Kemudian masukkan daging dan udang. Kacau hingga keduanya masak.
  • Masukkan lobak merah, cendawan butang dan stok ayam / air. Tambahkan sos tiram, sos tomato, kicap manis, sedikit garam dan gula.
  • Rasa dan jika ok boleh dimasukkan makaroni. Kacau rata hingga masak sempurna semua nya.
  • Padamkan api. Akhir sekali taburkan daun bawang dan daun sup. Hidangkan.