Wednesday, August 21, 2013

Roti Jala




Sudah lama simpan hajat untuk belajar membuat roti jala sendiri...Acuan dah lama pinjam dengan mama cik kuali.. ..kuali leper pun encik d dah belikan...Cukup dah semuanya cuma resepi ngan sifu je belum ada...Minggu cuti raya yang lepas cik kuali gunakan sebaik mungkin untuk belajar buat roti jala ngn mama cik kuali...Mula-mula menjala itu agak tak reti jugak...tapi lama kelamaan dah pandai menjala dah cik kuali..hehehe....

Bahan-Bahannya:-

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
3 cawan air
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara Membuatnya :-
  • Lebih mudah jika kita menggunakan pengisar atau blender untuk membancuh semua bahan-bahan diatas. Ini kerana dengan pengisar, tepung gandum lebih mudah sebati.
  • Masukkan tepung, santan, air dan garam ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati semuanya.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk sambil menapis untuk asingkan ketulan tepung (jika ada)
  • Kemudian tambahkan pewarna kuning dan kacau sebati hingga mendapat warna yg dikehendaki.
  • Masukkan sedikit didalam acuan dan cuba tengok aliran keluar, jika aliran putus-putus, tambahkan sedikit air.
  • Panaskan kuali leper atau non-stick pan. Sapukan sedikit minyak. Kemudian ambil acuan yang berisi tepung bancuhan dan putarkan diatas kuali. Biarkan seketika.
  • Setelah masak, angkat dan letakkan dalam pinggan. Gulung mengikut bentuk yang dikehendaki.
  • Siap untuk dimakan bersama kuah kegemaran anda... 

No comments:

Post a Comment