Monday, June 24, 2013

Kuey Teow Goreng Kak Jemah




Kadang-kadang pasti ada rasa jemu bila hari-hari makan menu yang sama....Selain nasi mungkin boleh digantikan dengan meehoon, mee dan pasta sebagai makanan utama harian kita....Kuey teow juga tergolong dalam kategori mee...Dan kita boleh menggantikan nasi dengan menu kueh tiaw...Cik Kuali nak share resepi kuey teow goreng kak jemah...Nape kak jemah? sebab kak jemah ni kaki bergossip so selalu tak rajin & tak sempat nak masak lauk pauk....so dia sempat masak yang ringkas2 jer...boleh gitu?

Bahan-Bahannya :- (untuk 3 org makan)

450 grm kuey teow (dicuci & toskan)
200 grm isi ayam (dipotong nipis)
10 ekor udang (dibersihkan)
5 biji fish ball (dibelah 2)
Secekak daun kucai (dipotong pendek)
1 genggam taugeh (dicuci & toskan)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 sudu besar cili kisar / cili boh
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
100ml air / air stok ayam
(cik kuali guna air rebusan kulit udang)
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :-
  • Tumbuk / Kisar bawang putih hingga halus &  ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih  & cili boh hingga garing. Tambah sedikit gula.
  • Setelah cili garing, masukkan perencah seperti udang, isi ayam dan fish ball.
  • Biarkan perencah sedikit masak. Tambahkan air / air stok ayam.
  • Kemudian masukkan kicap cair, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan sos tomato. Kacau hingga sebati. Masukkan telur dan kacau sedikit.
  • Kemudian rasa sedikit, jika kurang apa-apa boleh ditambahkan sebelum kita masukkan kuey teow dan sayur. 
  • Masukkan kuey teow, taugeh dan kucai. Kacau rata hingga sebati dengan semua bahan lain.
  • Jika rasa sudah ok boleh dipadamkan api. Hidangkan panas-panas.

Sunday, June 23, 2013

Sup Cendawan dan Bebola Ikan



Lama pulak rasanya tak update apa-apa resepi...Sorry uolls...cik kuali agak sibuk sikit sabtu dan ahad lepas...Jemputan kenduri, majlis bertunang, birthday party dan sebagainya yg perlu cik kuali hadiri..org menjemput kita pergi, tak elok kecik kan hati org melainkan ada hal tertentu yang tak dapat dielakkan...
Baru-baru ini Malaysia dilanda persekitaran udara yang tidak sihat...Jerebu sana sini sekarang ni...Cik kuali pun rasa tekak dah pahit-pahit....Rasa mcm nak makan sup-sup jer gitu....Anda juga mungkin mengalami rasa yang sama kan....Cik kuali nak share resepi mudah dan ringkas untuk musim-musim kurang sihat ini..Sup Cendawan...yummy!

Bahan-Bahannya :-

400grm cendawan tiram (dipotong kecil)
10 biji bebola ikan (dipotong 2)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1/2 sudu besar udang kering (direndam & toskan)
100 ml air (boleh lebih pada yang suka berkuah)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)

Cara Membuatnya :-
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan udang kering. Tumis hingga udang kering sedikit garing.
  • Tambahkan air. garam dan lada sulah.
  • Cendawan yang telah dipotong kecil, dibasuh & toskan. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam kuali bersama dengan fishball.
  • Kacau rata hingga cendawan layu. Rasa & jika kurang boleh ditambahkan sedikit garam.
  • Jika rasa sudah ok boleh dipadam kan api.
  • Hidangkan dan taburkan dengan daun bawang diatasnya. Sedap dimakan begitu sahaja...

Tuesday, June 18, 2013

Ayam Masak Merah



Merah memang warna kegemaran cik kuali....Segala benda nak beli mesti nak warna merah....Sampaikan kahwin dulu pun bertema warna merah....Kalau nak cerita pasal warna merah ngn cik kuali sampai esok pun tak abis...So menu makan malam kami ini bertemakan ayam pula....Cik kuali rasa ayam masak merah semua orang pernah makan...Di majlis kenduri kahwin pun selalu ade menu ini kan....Kalau ada ayam masak merah dengan nasi tomato lagi best....Ayam masak merah cik kuali ade letak kacang peas...Ala-ala lauk org kahwin gitu....Cik kuali kan suka verangan kalau memasak...heheheh...

Bahan-Bahannya :- (untuk 2-3 org makan) 

1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil, dicuci & toskan)
2 biji bawang besar (1 untuk dikisar)(1 dipotong bulat)
2 inci halia
2 senduk nasi cili kisar / cili boh
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 sudu besar sos tomato
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 tin kecil kacang peas (ditoskan)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kunyit

Cara Membuatnya :-
  • Ayam yang telah dibersihkan, digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam
  • Goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan
  • Kisar halia, bawang besar, bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar, bunga lawang & kulit kayu manis hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kisar /cili boh. Tambahkan garam dan gula. Kacau rata hingga cili garing.
  • Masukkan sos tomato, kacang peas & bawang besar yang dipotong bulat. Rasa dan jika kurang tambahkan garam atau gula.
  • Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi. Gaul rata hingga ayam sebati dengan kuahnya.
  • Biarkan seketika. Kemudian boleh dipadamkan api. Hidangankan bersama nasi panas..Enak!

Monday, June 17, 2013

Gulai Lemak Kerang




Macam-macam yang kita boleh masak dengan kerang....Rendang, sambal tumis, rebus sahaja pun boleh juga...Malam tadi cik kuali masak gulai lemak kerang dengan menu tambah sambal belacan dan ikan terubuk masin....memang menusuk kalbunya bila gulai lemak makan dengan sambal belacan....

Bahan-Bahannya :-
1 kg kerang (dicuci & toskan)
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (disiat)
2 inci halia (dititik)
2 biji cili merah
6 biji cili padi (jika ingin pedas boleh tambah)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
300ml pati santan
700ml santan cair
Sedikit kunyit serbuk
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-

  • Kerang dibersihkan,cuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk.
  • Bawang merah, bawang putih, cili padi & cili merah dikisar halus bersama sedikit santan cair. Tuangkan ke dalam periuk.
  • Masukkan baki santan cair, serai, daun kunyit dan halia. Kacau perlahan dengan api sederhana.
  • Gaul rata dan masak hingga kerang masak. Kemudian tuangkan pati santan. Tambah garam secukup rasa.
  • Kacau selalu dan perlahan. Rasa dan jika ok, padamkan api..

Sunday, June 16, 2013

Cucur Udang


Bertuahnya kita di Malaysia ini ialah pelbagai jenis cucur yang ada...Cucur bawang, cucur jagung, cucur udang, cucur ikan bilis, cucur sayur, cucur manis & sebagainya...Semalam cik kuali dan encik d macam nak makan yang ringan-ringan je tuk dinner kami...Jadinya cik kuali buat kan cucur udang versi cik kuali...sebabnya bentuk kecik2 je tapi gebu-gebu cam cik kuali...hehehhe...


Bahan-Bahannya:-

200gm udang (dibuang kulit dan dibersihkan)
300gm tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik/ baking powder
Segengam taugeh
Secekak kucai (dipotong pendek)
1 biji bawang besar (dipotong halus)
1 biji telur
Sedikit garam dan kunyit
Air secukupnya

Cara Membuatnya :-


  • Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. 
  • Dalam satu mangkuk, masukkan tepung yang telah diayak. Tambahkan udang, bawang, kucai, taugeh, telur, garam & kunyit.
  • Perlahan-lahan tuangkan air. Sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak air. Nanti bancuhan cucur menjadi cair. 
  • Gaul rata hingga sebati semua bahan. Rehatkan 10 minit.
  • Panaskan minyak. Sudu sedikit dan goreng. Goreng hingga kuning keemasan.
  • Hidangkan bersama sos kegemaran anda.





Wednesday, June 12, 2013

Mee Bandung dari Bandung ke?



Siapa pernah pergi ke Bandung, Indonesia? Pernah nampak ke org disana jual mee bandung? Tak ade kan...Pecel lele bnyak la diorg jual kat sana....Sebenarnya mee bandung dgn Bandung di Indonesia tiada kaitan langsung pun...Diorg tidak mengenali antara satu sama lain pun yer uolls...Mee Bandung yang cik kuali tahu sangat popular di Muar, Johor....Asal usul mee bandung pun dari negeri itu juga rasanya....Org kata kalau ke Muar mesti kena makan mee bandung nya....Sedappp oooo..... Cik kuali memang tersangat la gemar makan mee bandung...tapi tak kan tiap kali teringin nak makan kena ke Muar kan...Ada yang kena hamukan puaka dari encik D...hehehe...So apa kata kalau kite buat sendiri...Mee bandung ni cik kuali buat untuk makan malam semalam...Sesekali tukar selera tak makan nasi...Tapi encik D agak kurang gemar mee bandung nih...sebab musababnya ialah pedas, pedas dan pedas....org tak tahan pedas mcm tu la....whatever la yg penting cik kuali happy sebab mee bandung I yg mendung ini menjadi....Kalau uols nak try buat, ini cik kuali share kan resepi nya...

Bahan-Bahannya :-

500grm mee kuning (1 bungkus) (dibasuh dan ditoskan)
300grm daging (dihiris)
200grm udang
10 biji bebola ikan
100grm sawi (dipotong kecil & dibasuh)
 6 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 1/2 senduk nasi cili boh / cili kisar
2 sudu besar udang kering (dikisar halus)
1 sudu besar kacang (ditumubuk sedikit)
2 biji telur 
2 keping tauhu (digoreng)
4 sudu besar sos tomato
Air secukupnya
Garam & Gula secukupnya
Bawang goreng (optional) 

Cara Membuatnya :-
  • Daging yang telah dihiris, dibersihkan dan direbus dengan air secukupnya. Sementara tunggu daging empuk, kita kisar bawang merah dan bawang putih. Ketepikan. Kemudian kisar (tanpa air) udang kering hingga halus dan ketepikan.
  • Tauhu digoreng hingga garing, kemudian dipotong nipis. Ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan udang kering dan kacau hingga sedikit garing.
  • Kemudian masukkan cili boh, sedikit gula & garam. Kacau hingga cili garing.
  • Tambahkan sos tomato, kacang, udang, fishball dan daging yang telah direbus.
  • Masukkan air rebusan daging. Pecahkan telur dan biarkan hingga telur masak.
  • Setelah telur masak. Kemudian boleh dimasukkan mee serta sawi.
  • Kacau rata dan rasa. Jika ok boleh dipadamkan api.
  • Hidangkan dan taburkan tauhu serta bawang goreng diatasnya.

Monday, June 10, 2013

Ikan Tenggiri Masak Cuka


Ada masanya selera makan kita kurang tapi jangan sampai kita tak makan langsung yer...Sama juga macam cik kuali...Kalau rajin & selera makan tu datang memang seronok nak memasak & makan....Tapi bila kurang sedikit selera makan, aura malas memasak pun datang jugak...Cik Kuali jengah-jengah dalam peti ais apa yang ada untuk memasak, jumpa ikan tenggiri yang dibeli minggu lepas....Nak dimasakkan kari, mcm selalu bersantan je pun kurang sihat pulak....Nak dimasakkan sambal, asyik pedas pulak...Cik Kuali pun selak-selak la buku resepi tgk apa yg sesuai untuk dimasak dengan ikan tenggiri....Jumpa 1 resepi yg sesuai dgn aura malas sebab cara masaknya mudah saje...

Bahan-Bahannya :-

4 keping ikan tenggiri (dibersihkan)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
1 sudu kecil biji sawi
1 biji bawang besar (dipotong 6)
1 biji cili merah (dihiris) 
1 biji cili hijau (dihiris)
1 sudu besar cuka
1/2 biji timun dipotong nipis (seperti hendak buat acar)
Sedikit Air (boleh lebihkan jika anda suka berkuah)
Garam & Gula secukupnya

Cara Membuatnya :-

  • Ikan tenggiri yang telah dibersihkan, digaul dengan sedikit kunyit dan garam. Kemudian gorengkan ikan hingga garing. Angkat & ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, biji sawi, cili, bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan air secukupnya, cuka, sedikit garam dan gula. Kacau rata dan biarkan mendidih
  • Tambahkan timun. Kacau dan rasa jika kurang boleh ditambahkan dgn garam atau gula
  • Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng awal tadi.
  • Kacau sebati semuanya. Padamkan api. Hidangkan bersama nasi panas...Enak!

Meehoon Goreng



Sarapan pagi wajib kita ambil....sangat penting yer uolls...Kebiasaannya menu apa yg uolls makan untuk sarapan pagi? Menu yang popular seperti roti, nasi lemak, roti canai, nasi goreng, english breakfast set, telur setengah masak dan sebagainya untuk permulaan hari kita...Hari Sabtu yang lepas mama cik kuali dtg ke teratak comel cik kuali...So cik kuali nak share resepi meehoon goreng yang cik kuali hidangkan untuk mama cik kuali bersarapan pagi....mudah aje bahan-bahannya.... Untuk sebungkus meehoon sesuai untuk 6-7 org makan...Resepi cik kuali ini sesuai untuk 3 org makan...jika anda ingin membuat dalam kuantiti yang banyak sila gandakan bahan-bahan lain yer...Sayur-sayuran pula, cik kuali hanya letak kobis dalam meehoon ini...Pada yang gemar sayuran boleh campurkan dengan sedikit taugeh dan sawi...Memasak ikut selera dan kretiviti masing-masing..   

Bahan-Bahannya :- (untuk 3 org makan)

2 keping meehoon (direndam hingga lembut)

(setelah lembut, ditoskan airnya)
200 grm isi ayam (dipotong nipis)
2 ekor sotong putih (dipotong & dibersihkan)
1 sudu besar udang kering (direndam)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 biji kobis bulat (dipotong halus)(dicuci & toskan)
2 sudu besar cili boh / cili kisar
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
1 1/2 sudu besar sos tomato
100ml air / air stok ayam
(cik kuali guna air rebusan kulit udang)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur (untuk hiasan)

Cara Membuatnya :-

  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga halus &  ketepikan
  • Udang kering yang telah direndam, ditoskan airnya. Kemudian dikisar halus (tanpa air). Ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang  & cili boh hingga garing. Tambah sedikit gula.
  • Setelah cili garing, masukkan udang kering yang telah dikisar halus. Kacau hingga udang kering sedikit garing. Masukkan perencah seperti sotong dan ayam.
  • Biarkan perencah sedikit masak. Tambahkan air / air stok ayam.
  • Kemudian masukkan kicap cair, kicap pekat, kicap manis dan sos tomato. Kacau hingga sebati. 
  • Kemudian rasa sedikit, jika kurang apa-apa boleh ditambahkan sebelum kita masukkan meehoon dan sayur. 
  • Jika rasa sudah ok,  masukkan meehoon dan kobis. Gaul meehoon dan kobis hingga sebati dengan semua bahan lain. Kecilkan sedikit api. 
  • Kacau hingga meehoon masak dan air meresap ke meehoon. 
  • Rasa, jika ok boleh dipadamkan api.
  • Untuk telur hiasan - pukul 2 biji telur dan tambah sedikit garam. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Goreng telur seperti telur dadar tetapi nipiskan sedikit. Setelah garing kedua-dua belah, boleh diangkat dan biarkan sejuk seketika. Kemudian dipotong halus telur itu dan taburkan diatas meehoon.

Wednesday, June 5, 2013

Tauhu Telur dan Cendawan





Tauhu telur / tauhu jepun / egg tofu banyak kite nampak dijual di pasar dan pasar raya....Pembuatan tauhu telur sama seperti tauhu yang lain cuma ditambahkan telur. Tekstur tauhu telur pula lebih lembut dari tauhu biasa...Menu ini cik kuali masak minggu lalu....Cik kuali tambahkan menu ini dengan cendawan shiitake..Kalau kita biasa order di restoran menu ini akan dihidangkan secara sizzling....tapi cik kuali tak ade kuali sizlling itu....nnti suh encik d belikan la... :)

Bahan-Bahannya :-
2 tiub tauhu telur (dipotong bulat dengan ketebalan 1/2 inci)
1 cawan cendawan shiitake (dihiris halus) 
100grm isi ayam kisar (cik kuali guna jenama ramly)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar kicap pekat
100ml air
1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit serbuk lada sulah & serbuk lada hitam
Sedikit gula
Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)

Cara Membuatnya :-

1) Goreng tauhu telur hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Biarkan seketika.
2) Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih & halia hingga naik bau. Masukkan isi ayam kisar. Kacau rata.
3) Setelah isi ayam sedikit garing. Masukkan cendawan shiitake, sos tiram, kicap cair, kicap pekat, sedikit serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan gula.
4) Kemuadian tambahkan sedikit air. Kacau rata semua bahan. Masukkan tauhu telur.
5) Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6) Rasa dan jika ok, padamkan api. Taburkan daun bawang. Sedap dimakan panas-panas.


Saturday, June 1, 2013

Sotong Goreng Tepung


Sotong kalau kita goreng tak kira dengan tepung atau goreng kunyit kedua-duanya sedap...Menu ini cik kuali buat mlm td...Cik kuali buat nasi goreng daging dan sebagai menu tambahan cik kuali buat sutun @ sotong goreng tepung....tepung bancuhan untuk goreng sotong ada juga dijual siap di pasar raya....tapi untuk menu ini cik kuali ikut gerak hati....konon-konon mcm cipta rasa sendiri....kalau sedap ok kalau tak sedap ke tong sampah la jawap nya....senang je resepi cik kuali....

Bahan-bahannya :-

4 ekor sotong putih (saiz sederhana, dibersihkan)
8 sudu besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk penaik (baking powder)
1 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam 
Sedikit Garam

Cara Membuatnya:-

  • Sotong disiang & dipotong bulat dengan ketebalan 1/2 inci. Dicuci dan toskan airnya.
  • Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum & serbuk penaik. Dalam mangkuk lain, pukul telur, garam dan serbuk lada hitam. 
  • Satukan bancuhan telur dengan tepung. Kacau semua bahan hingga sebati. Jika bancuhan agak pekat, masukkan sedikit air. 
  • Panaskan kuali, celupkan sotong dengan bancuhan tepung dan goreng hingga kuning keemasan. 
  • Setelah garing. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas-panas
Tips
1) Biarkan sotong sedikit garing baru diterbalikkan. Jika tidak tepung dan sotong akan bercerai.
2) Waktu mengoreng sotong, akan berlaku letupan-letupan kecil. Seolah anda sedang berperang dengan sotong. Jadi berhati-hati bila anda cuba mengoreng.