Sunday, September 29, 2013

Potato Salad Cik Kuali


Sebelum ini cik kuali ada kongsikan resepi Ayam Panggang....Jadinya hari ini cik kuali nak kongsikan resepi salad kentang...Sebenarnya resepi potato salad cik kuali ini kira yang paling senang dan mudah bahan-bahannya....Terdapat pelbagai resepi yang lebih menarik bahan-bahannya. Jom kita tgk mcm mana nak buat potato salad yg mudah dan sedap....(sedap ke?...kena cuba buat sendiri yer)

Bahan-Bahannya:-
3 biji kentang (dibuang kulit dan dipotong size sederhana )
3 sudu mayonis
2 sudu kecil daun parsley kering (jika dapat daun parsley segar lagi sedap)
Sedikit serbuk lada hitam kasar (black pepper coarse ground)
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-

  • Kentang dicuci bersih. Rebus kentang dengan sedikit garam hingga empuk. Kemudian toskan. 
  • Dalam satu mangkuk, masukkan kentang yang telah direbus, mayonis, parsley, serbuk lada hitan dan garam.
  • Gaul sebati semua bahan.
  • Rasa dan jika cukup rasa hidangkan.  

Monday, September 23, 2013

Gulai Lemak Pucuk Manis dan Labu



2 minggu lepas, encik d request nak gulai lemak....Cik kuali ajak dia pergi NSK untuk cari bahan-bahan untuk buat gulai lemak....Ada pulak sayur pucuk manis ni kat NSK...terus nampak labu dan yerrrr saya dah tahu nak masak apa...Setelah cukup bahan-bahan yang diperlukan, mari kita memasak....

Bahan-Bahannya :-
1 ikat sayur pucuk manis (diasingkan daun dari tangakai)
1/4 biji labu (saiz kecil) (dibuang kulit dan potong dadu besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
200ml santan pekat
400ml santan cair
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-

  • Daun pucuk manis dicuci bersih & toskan. Kemudian dicelur dengan air panas. Toskan dan ketepikan
  • Kisarkan bawang merah,bawang putih dan ikan bilis dengan sedikit santan cair. 
  • Dalam satu periuk, masukkan labu, pucuk manis yg telah dicelur, bahan kisar dan santan cair.
  • Masakkan dengan api sederhana. Kacau selalu hingga kuah mendidih.Kemudian masukkan santan pekat. 
  • Kacau rata dan masukkan sedikit garam. Biarkan didih seketika 
  • Rasa dan jika ok padamkan api.Hidangkan bersama nasi panas. 

Monday, September 16, 2013

Ooooooooh "Onion Ring" Ku....


Mari...mari...kita buat onion ring atau pun gegelang bawang.....Kos pun murah saja.....Yang penting mesti guna bawang besar bombay...Macam mana rupanya bawang bombay nih? Kulit luar nya warna oren dan isi dalamnya warna kekuningan bukan merah ye....Lagi satu bahan penting untuk buat onion ring ini ialah "soda water" atau air soda (bukan aiskrim soda yer uolls) kerana berbuih gas dari air soda  membuatkan onion ring ranggup dan garing....Jom kita tgk macam mana nak buatnya...


Air Soda yg cik kuali guna

Bahan-Bahannya:- (untuk 2-3 org makan)

1 atau 2 biji bawang besar bombay (dipotong bulat dengan ketebalan 1/4 inci)
50grm tepung gandum
25grm tepung jagung
150 ml air soda sejuk
150grm serbuk roti / bread crumbs
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:-
  • Bawang besar dipotong bulat dan setiap keping diasingkan. 
  • Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam & garam. 
  • Kemudian tuangkan air soda sejuk dan kacau perlahan-lahan hingga sebati semua bahan.
  • Ambil kepingan bawang dan dimasukkan dalam bancuhan. 
Dicelup ke dalam bancuhan tepung
  • Kemudian diangkat bawang dari mangkuk bancuhan dan dipindahkan ke dalam pinggan berisi serbuk roti. Sadurkan bawang dengan serbuk roti dan ketepikan.
Kemudian dibalut dengan serbuk roti
  • Ulang semula hingga kepingan bawang siap.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Tuesday, September 10, 2013

Dada Ayam Panggang bersama Sos Lada Hitam



Bila tgk dalam peti sejuk ada 2 keping dada ayam yg cik kuali beli 2 hari lepas...Apa aku nak buat dengan dada ayam ni yer? Ding...Dong...dapat idea buat Grilled Chicken atau dimelayukan Ayam Panggang.....Bila ayam panggang mesti kena ada menu sampingan jugak kan...So menu sampingan nya ialah Salad kentang, sayur kukus dan roti bawang putih....Untuk buat Ayam Panggang ini terlebih dahulu perlu diperapkan 4 jam lebih awal atau lebih sedap semalaman supaya aroma perapan meresap ke dalam isi ayam....

Ayam Panggang

Bahan-Bahannya :-
2 keping dada ayam (dibersihkan)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar minyak zaiton
1 sudu kecil rosemary
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:-  
  • Ayam yang telah dibersihkan digaul bersama kesemua bahan - bawang putih, minyak zaiton, jus lemon, rosemary, garam dan serbuk lada hitam.
  • Perapkan ayam lebih kurang 4jam atau semalaman.
  • Setelah cukup masa perapan, panaskan kuali pemanggang dan panggangkan dada ayam hingga masak
  • Diterbalikkan dada ayam untuk pastikan masak sempurna.
  • Kemudian boleh dihidangkan bersama menu sampingan kegemaran anda.

Sos Lada Hitam

Bahan-Bahannya :-
2 sudu mentega
1 biji bawang besar (dihiris halus)
2 sudu besar tepung gandum
200ml stok ayam / air 
3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
1 sudu kecil kicap manis
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:-  

  • Panaskan periuk kecil / saucepan dan masukkan mentega. Biarkan sekejap hingga mentega cair tapi jangan sampai mentega hangus.
  • Kemudian tumiskan bawang besar hingga naik bau. Tambahkan tepung gandum dan kacau. (tepung akan bergentil dengan bawang & tepung akan buat sos jadi pekat)
  • Masukkan stok ayam / air. Tambahkan serbuk lada hitam, garam, kicap manis dan sos lada hitam.
  • Kacau hingga sebati semunya. Rasa dan jika ok padamkan api.

Tuesday, September 3, 2013

Chicken Chop bersama Sos Cendawan


Salam Aidilfitri....Mohon maaf jika ada ada tersalah selama ini....Maaf juga sebab agak lama cik kuali abaikan blog ini...Sibuk beraya katanya...Apa yg cik kuali nak kongsikan hari ini? Dari namanya dah tau menu ala-ala kebaratan sgt kali ini....Nak kata cik kuali ini pandai sangat buat menu kebaratan tidak jugak...Tapi cik kuali suka belajar menu berlainan...dan makan...Dinner kami semalam adalah chicken chop bersama dengan kentang panggang dan sos cendawan serta daun salad....Susah ke nak buat "chicken chop" sendiri? Tidak juga susah sangat buat...Nak kata senang sgt pun tak jugak...Kena cuba buat sendiri baru tahu...Bahan-bahan pula senang untuk didapati di pasaraya...Bahagian ayam yang sesuai untuk buat "chicken chop" ialah peha ayam tanpa tulang....Tulang peha ayam perlu dibuang terlebih dahulu baru kita boleh buat menu ini...Sekarang ini banyak pasaraya ada menjual peha ayam tanpa tulang....Jadi mudah sahaja kan...

Chicken Chop

Bahan-bahannya :-

2 keping peha ayam tanpa tulang
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk roti / breadcrumbs
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara Membuatnya :-
  • Ayam dicuci bersih terlebih dahulu. Toskan airnya. Kemudian ditaburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam sebagai perasa.
  • Sediakan 3 pinggan / mangkuk dan dalamnya letakkan berasingan tepung gandum, telur dan serbuk roti 
  • Diambil setiap keping ayam dibalutkan dengan tepung gandum. Kemudian pindahkan peha ayam ke pinggan berisi telur. Lumurkan telur pada peha ayam itu
  • Angkat dari pinggan telur dan pindahkan ke pinggan berisi serbuk roti. Dibalutkan seluruh kepingan peha ayam dengan serbuk roti. Ulangkan cara yang sama untuk kepingan kedua. 
   
  • Setelah itu panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng.
  • Gorengkan setiap kepingan peha ayam hingga kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan bersama menu sampingan kegemaran anda.

Sos Cendawan

Gambar dari Google - Cik kuali guna cendawan ini...

Bahan-bahannya:-

2 sudu mentega
1 biji bawang besar (dihiris halus)
6 biji cendawan butang (dipotong nipis)
3 sudu besar tepung gandum
200ml stok ayam / air (air bergantung kepada anda suka pekat atau cair sosnya)
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil kicap manis
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Cara Membuatnya :-
  • Panaskan periuk kecil / saucepan dan masukkan mentega. Biar sekejap hingga mentega cair.
  • Kemudian tumiskan bawang besar hingga naik bau. Tambahkan tepung gandum dan kacau. (tepung akan bergentil dengan bawang & tepung akan buat sos jadi pekat) 
  • Masukkan stok ayam / air. Tambahkan serbuk lada hitam, garam, kicap manis dan sos lada hitam.
  • Kacau hingga sebati semuanya. Rasa dan jika ok padamkan api. 
  • Tuangkan diatas kepingan chicken chop yang telah siap dimasak.