Sunday, April 21, 2013

Mee Goreng Mamak



Menu makan malam kami malam ini ialah Mee Goreng Mamak... Mee dan bahan-bahan lain memang dah beli hari Rabu...Kalau simpan lama sgt mee kuning tak berapa sedap sgt nak makan...So sebelum hilang rasanya baik kita gorengkannya...Lagipun kami ni berdua, menu simple mcm ni pun sudah cukup....Mee goreng mamak mmg favorite saya...Sebelum ni encik D susah sgt nak makan mee....10 tahun bercinta tak pernah tgk dia order mee kalau keluar berdating...Konon ada cerita sejarah disebalik mee ni yg menghantui hidup nya...hehehe..mcm-mcm la encik D saya tu...Tapi selepas kami berkahwin, saja saya masakkan mee kadang-kadang tu dan bagi dia rasa...Lama kelama dia dah mula suka makan mee...Uolls ada yang teringin nak cuba resepi cik kuali hangus ni....Bolehlah cuba yer...

Bahan-Bahannya :-

500 gram mee kuning (dicuci dan ditoskan)
10 ekor udang (dibuangkan kulit dan bersihkan)
2 ekor sotong putih (dibersihkan)
1 keping tauhu (digoreng dan dipotong sederhana nipis)
2 keping fishcake (dipotong nipis)
1 biji tomato (dipotong 8)
1 genggam taugeh
1 cekak sawi (dipotong dan dibasuh)
1 biji telur
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 sudu besar cili boh / cili kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kicap cair 
Sedikit air

Cara Membuatnya :-

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih & bawang merah sehingga harum.
  2. Kemudian masukkan cili boh dan tumis hingga cili garing. Tambah udang & sotong. dan biarkan masak sekejap.
  3. Masukan sedikit air. Tambahkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat, kicap cair, kicap manis. Diikuti dengan telur. Biar telur mengeras sedikit dan kacau hancur.
  4. Boleh masukakn fishcake, tauhu & tomato. Diikuti dengan sayur sawi, taugeh & mee kuning.
  5. Gaul rata dan biarkan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh dimatikan api.
  6. Hidangkan panas-panas dengan hirisan limau kasturi & bawang goreng (jika ada)

No comments:

Post a Comment