Sunday, November 3, 2013

Sup Tulang



Adakala nak jugak sesekali makan menu yang bersup....Nak pulak time hujan-hujan sekarang ni...dapat sup panas dan makan dengan nasi putih ataupun cicah dengan roti bengali...Sedappp!!! Sup ada pelbagai cara dan bahan yang boleh digunakan...Terpulang kepada selera masing-masing...Ada yang suka letak rempah sup...ada pulak yang suka rasa keasliannya tanpa masukkan rempah cuma gunakan bahan-bahan asas sahaja....Ikut selera kita nak masak macam mana...Hari ini cik kuali nak kongsikan resepi Sup Tulang yang mengikuti selera kami sekeluarga....Resepi ini bersesuaian untuk 2-3 org makan....

Bahan-Bahannya :-
1/2 kilo tulang lembu (jika sedap ambil tulang yg ada isinya)
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu kecil lada hitam biji (dikisar)
1 sup bunjut Sup Tulang Adabi
3 sudu besar rempah sup serbuk Adabi / Babas
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang 
6 kuntum bunga cengkih
Garam secukupnya
Beberapa helai daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
Bawang Goreng

Cara Membuatnya :-

  • Tulang dicuci bersih & ditoskan. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk.
  • Kisarkan bawang besar, halia dan lada hitam dengan sedikit air sehingga halus.
  • Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tulang. Rebuskan tulang hingga separuh empuk. 
  • Tambahkan air jika kurang
  • Kemudian masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, rempah sup, sup bunjut dah garam secukupnya.
  • Kacau rata hingga sebati semua dengan rempah. Biarkan hingga daging empuk.(Bagaimana kita tahu dah empuk, ambil garfu dan cucuk ke bahagian daging..kalau lembut je maknanya dah empuk ya)
  • Setelah daging empuk, rasa dan jika ok padamkan api.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga garing. 
  • Angkat bawang tumis dan masukkan kedalam periuk sup tadi. Kacau sebati. 
  • Hidangkan dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.   


No comments:

Post a Comment