Wednesday, November 20, 2013

Paru Sambal



Paru adalah salah satu organ dalaman lembu....Sedap digoreng begitu sahaja ataupun dibuat sambal....Nama lain untuk paru ialah kelempung bukan cak lempung yer....Mungkin ada daerah tertentu memanggilnya kelempung.... Ok, macam mana nak masak paru nih? Pertama sekali kena cuci bersih dengan tepung dan garam...Tidak kira nak masak apa sekali pun harus direbus terlebih dahulu supaya senang untuk memotongnya nanti.....Macam mana pulak nak rebus kelempung nih? Ni tip yang diberi oleh mama cik kuali, dah cuci sebersihnya paru tadi, ambil tali dan ikatkan paru. Pastikan tali yang bersih dah selamat untuk masakan....Kenapa nak kena ikat dengan tali? Sebab kelempung ni kalau kita masuk dalam air untuk rebusnya akan terapung keatas.... So kalau dah ikat dengan tali akan tenggelam sikit la...Setelah paru empuk, boleh toskan air rebusan dan potong mengikut size yang anda suka untuk masak....Ni cik kuali nak share resepi sambal nye plak....

Bahan-Bahannya :-
1/2 kilo Paru atau Kelempung (yang telah direbus & dipotong ikut size sederhana nipis)
3 ulas bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji bawang besar (1 biji utk kisar & 1 biji dipotong bulat)
2 senduk nasi cili boh / cili kisar 
3 sudu besar air asam jawa
1 inci belacan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit kunyit

Cara Membuatnya :-

  • Gaulkan sedikit garam dan kunyit pada paru yg telah direbus dan dipotong nipis. Panaskan minyak dan goreng paru separa masak. Angkat dan ketepikan
  • Kisarkan cili boh bersama bawang besar dan belacan hingga halus. 
  • Panaskan kuali & minyak dengan api sederhana. Tumiskan bawang putih & bawang merah hingga naik bau. Tambahkan bahan kisar, garam & gula. Tumis hingga cili garing.
  • Kemudian masukkan air asam jawa. Rasa jika kurang boleh tambahkan garam / gula.
  • Akhir sekali masukkan paru & bawang besar potong bulat. Kacau hingga sebati semuanya.
  • Padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas. 


No comments:

Post a Comment