Saturday, July 4, 2015

Victoria Sandwich Cake




Hola.....wahh bukan main hola kata nya....Dah tajuk entri mat salleh terus verangan nak jadi mat salleh...Uolls dah baca tajuk nya kan... Cik kuali nak share resepi Victoria Sandwich Cake dengan uolls... Tapi sebelum tu nak cerita la sikit pasal kek yang sedang gah nama nya disebut oleh baker online..... Nama kek ni diberi sempenan nama Queen Victoria yg menjadi Ratu United Kingdom Great Britain dan Ireland dari 20 Jun 1837 sehingga akhir hayatnya.... Kek sponge vanilla yang dilapiskan dengan whipping cream dan jam strawberi serta diatasnya ditaburkan dengan gula aising..... Tak perlukan kepakaran yang mendalam untuk menghias kek ni... Yang penting rasa kek sponge yg sedap & jam strawberi yang enak.... Jam strawberi boleh kita sediakan sendiri atau lebih mudah kita boleh beli dipasaraya yang sedia ada.... Pastikan jam yang sebenar bukan perisa tiruan atau tambahan.... Macam mana nak buat kek span/sponge yang sedap... Boleh ikut cara yang cik kuali berikan dibawah ini...

Bahan-Bahannya:-

Bahan Kek
220 gm tepung kek
30 gm tepung jagung
Secubit garam

Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250 gm gula castor
250 gm butter tanpa garam
2 sudu besar golden syrup
2 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur

Bahan Krim
1 1/2 cawan Heavy Whipping Cream atau boleh jugak guna non Dairy Whipping Cream
50gm cream cheese

Cara Membuatnya:-

Untuk Kek

  • Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu. Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di putar perlahan. Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata
  • Tambahkan tepung yang telah di ayak & kaup balik dengan spatula hingga rata
  • Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
  • Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
  • Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
  • Bakar kek selama 25 ~ 30 minit. Jangan terlebih masa nanti ia keras
  • Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jam atas kek.

Untuk Krim

  • Putarkan cream cheese hingga lembut.
  • Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental
  • Satukan cream cheese dan krim putar dan kaup balik rata. Masukkan dalam piping bag.
  • Kek yang dah sejuk kita potong bahagian atasnya yang keras. Letakkan satu keping kek atas lapik kek & paipkan cream di atasnya
  • Kemudian letakkan jam strawberi. Tutup dengan satu keping kek lagi


  • Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan berries yang segar
  • Anda boleh juga ayakkan gula icing di atas buah-buahan tadi

No comments:

Post a Comment