Tuesday, July 16, 2013

Nasi Ayam Ku Din


Semua orang gemar makan nasi ayam.....Pada cik kuali nasi ayam ini satu menu yang lengkap kerana ada nasi, ayam, sup, sos dan sayuran....Jika kita ke restoran atau food court menu paling mudah dipesan dan cepat dihidangkan ialah Nasi Ayam...Keluarga Cik kuali pernah jadikan nasi ayam sebagai sumber pendapatan satu ketika dulu...Arwah Papa cik kuali adalah penjual nasi ayam di Klang pada zaman mudanya...Agak terkenal juga nasi ayam keluarga dia ketika itu...Disebabkan itu juga la resepi kali ini cik kuali letak nama sempena nama arwah papa cik kuali - Allahyarham Raja Kamarudin (Ku Din)...Resepi kali ini kira macam "special edition" ...Resepi turun temurun uolls....Dari arwah atah @ nenek (ibu sebelah papa), diturunkan kepada menantunya (mama cik kuali) dan turunkan ke cik kuali...No SECRET ingredient untuk buat nasi ayam ini pun...Yang penting masak dengan ikhlas dan kasih sayang...Gittuuu katanya....Ssssshhh jgn bagitu mama cik kuali (pada yg mengenalinya), cik kuali dah share resepi kat sini....hehehehe...resepi cik kuali ini sesuai untuk 2-3 org makan...Jika anda ingin menjamu ramai org, gandakan sahaja resepinya yer... 

Bahan-Bahannya:
Nasi
3 pot beras
4 pot air rebusan ayam
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 inci halia (dititik)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan (diikat simpul)

Ayam
1/2 ekor ayam
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 inci halia (dititik)
Garam secukupnya
Air Secukupnya untuk merebus
2 sudu makan kicap (untuk mengoreng)

Kuah Cili
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka 
2 sudu besar gula
Garam secukupnya
Sedikit air
1 senduk kecil air rebusan ayam

Kuah Kicap
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1 senduk kecil air rebusan ayam 

Sup
5 senduk besar air rebusan ayam
Beberapa helai daun sup & daun bawang (dipotong halus)
Sedikit bawang goreng

Bahan-Bahan lain
1 biji timun
1 biji tomato
Daun Salad

Cara Membuatnya:-

  • Ayam yang telah dicuci bersih & ditoskan. Masukkan ke dalam periuk untuk direbus. Tambahkan bawang putih, halia dan garam. Pastikan air untuk merebus ayam cukup untuk dijadikan masak nasi, sup dan kuah. Rebus ayam selama 15 minit (bergantung kepada size ayam).
  • Setelah air rebusan mendidih, rasa sedikit untuk pastikan garam secukupnya. Jika ok, padamkan api. Asingkan ayam dan air rebusan. Ayam yang telah direbus diketepikan. 
  • Untuk Nasi :- Sukat air rebusan ayam dan masukkan ke dalam periuk nasi. Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak bijan dan minyak, tumiskan bawang putih, halia dan serai hingga naik bau. Kemudian tuangkan ke semuanya ke dalam periuk nasi dan masukkan beras serta daun pandan. Masakkan nasi seperti biasa. 
  • Untuk Sup :- Sendukkan air rebusan ayam ke dalam mangkuk / periuk kecil (untuk senang dipanaskan nanti). Tambahkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap dihidangkan
  • Untuk Kuah Cili :- Kisarkan cili merah bersama bawang putih, garam, gula, cuka dengan sedikit air hingga halus. Kemudian masukkan kedalam periuk untuk dimasak. Tambahkan air rebusan ayam dan masakkan kuah cili hingga mendidih. Rasa dan jika ok padamkan api. Siap dihidangkan
  • Untuk Kuah Kicap :- Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan kicap cair, kicap manis dah air rebusan ayam. Biarkan hingga mendidih. Siap dihidangkan.
  • Untuk Ayam :- Ayam yang telah direbus digaulkan dengan kicap manis. Panaskan minyak untuk mengoreng. Gorengkan ayam hingga sedikit garing (tidak perlu lama mengoreng kerana ayam telah direbus dan isinya telah masak sempurna. Jika terlalu lama mengoreng isi akan menjadi keras dan liat)
  • Untuk Sayur :- Cuci bersih timun, tomato dan daun salad. Potong ikut cara anda dan hidangkan bersama.   

2 comments:

  1. Salam Cik Kuali,

    saya peminat baru blog kuali hangus :)
    Terpanggil nak komen sebab..resepi turun temurun cik kuali sama dengan secret resepi ibu saya :o
    bezanya kat perapan ayam,ibu saya ada tambah bahan2 lain sket penambah rasa.dari mana agaknya ibu saya tu dapat resepi ni ye,misteri2.hihi.
    bagi saya,macam ni la baru nasi ayam.biasanya kat restoran atau gerai jual yang tak berkicap,kalau ada pun dibaginya kita kicap biasa(camni kat umah kita pun ada la,hoh).sambal lak tawar rasa cili bodo2 jek,huhu.bila baca resepi nasi ayam Ku Din ni,teringin nak masak juga :)
    TQ~

    ReplyDelete
  2. Salam Narshifa,

    Terima Kasih sudi menjengah ke Kuali Hangus :)...Mak-mak kita ini semua pandai memasak dan cari resepi..betul tak? kerana memasak ini dulu adalah satu perkara wajib untuk mereka....Yer setuju ngn awak...nasi ayam yg biasa jual ada kala nya tak kena dgn citarasa kita...dan disebabkan itulah cik kuali gigih belajar memasak & cuba resepi yg biasa jual di restoran...Kita akan puas makan...puas hati...puas segalanya...In shaa Allah cik kuali akan cuba berikan resepi yg lain-lain juga.... :)

    ReplyDelete