Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Mee Bandung dari Bandung ke?



Siapa pernah pergi ke Bandung, Indonesia? Pernah nampak ke org disana jual mee bandung? Tak ade kan...Pecel lele bnyak la diorg jual kat sana....Sebenarnya mee bandung dgn Bandung di Indonesia tiada kaitan langsung pun...Diorg tidak mengenali antara satu sama lain pun yer uolls...Mee Bandung yang cik kuali tahu sangat popular di Muar, Johor....Asal usul mee bandung pun dari negeri itu juga rasanya....Org kata kalau ke Muar mesti kena makan mee bandung nya....Sedappp oooo..... Cik kuali memang tersangat la gemar makan mee bandung...tapi tak kan tiap kali teringin nak makan kena ke Muar kan...Ada yang kena hamukan puaka dari encik D...hehehe...So apa kata kalau kite buat sendiri...Mee bandung ni cik kuali buat untuk makan malam semalam...Sesekali tukar selera tak makan nasi...Tapi encik D agak kurang gemar mee bandung nih...sebab musababnya ialah pedas, pedas dan pedas....org tak tahan pedas mcm tu la....whatever la yg penting cik kuali happy sebab mee bandung I yg mendung ini menjadi....Kalau uols nak try buat, ini cik kuali share kan resepi nya...

Bahan-Bahannya :-

500grm mee kuning (1 bungkus) (dibasuh dan ditoskan)
300grm daging (dihiris)
200grm udang
10 biji bebola ikan
100grm sawi (dipotong kecil & dibasuh)
 6 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 1/2 senduk nasi cili boh / cili kisar
2 sudu besar udang kering (dikisar halus)
1 sudu besar kacang (ditumubuk sedikit)
2 biji telur 
2 keping tauhu (digoreng)
4 sudu besar sos tomato
Air secukupnya
Garam & Gula secukupnya
Bawang goreng (optional) 

Cara Membuatnya :-
  • Daging yang telah dihiris, dibersihkan dan direbus dengan air secukupnya. Sementara tunggu daging empuk, kita kisar bawang merah dan bawang putih. Ketepikan. Kemudian kisar (tanpa air) udang kering hingga halus dan ketepikan.
  • Tauhu digoreng hingga garing, kemudian dipotong nipis. Ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan udang kering dan kacau hingga sedikit garing.
  • Kemudian masukkan cili boh, sedikit gula & garam. Kacau hingga cili garing.
  • Tambahkan sos tomato, kacang, udang, fishball dan daging yang telah direbus.
  • Masukkan air rebusan daging. Pecahkan telur dan biarkan hingga telur masak.
  • Setelah telur masak. Kemudian boleh dimasukkan mee serta sawi.
  • Kacau rata dan rasa. Jika ok boleh dipadamkan api.
  • Hidangkan dan taburkan tauhu serta bawang goreng diatasnya.

Sunday, April 21, 2013

Mee Goreng Mamak



Menu makan malam kami malam ini ialah Mee Goreng Mamak... Mee dan bahan-bahan lain memang dah beli hari Rabu...Kalau simpan lama sgt mee kuning tak berapa sedap sgt nak makan...So sebelum hilang rasanya baik kita gorengkannya...Lagipun kami ni berdua, menu simple mcm ni pun sudah cukup....Mee goreng mamak mmg favorite saya...Sebelum ni encik D susah sgt nak makan mee....10 tahun bercinta tak pernah tgk dia order mee kalau keluar berdating...Konon ada cerita sejarah disebalik mee ni yg menghantui hidup nya...hehehe..mcm-mcm la encik D saya tu...Tapi selepas kami berkahwin, saja saya masakkan mee kadang-kadang tu dan bagi dia rasa...Lama kelama dia dah mula suka makan mee...Uolls ada yang teringin nak cuba resepi cik kuali hangus ni....Bolehlah cuba yer...

Bahan-Bahannya :-

500 gram mee kuning (dicuci dan ditoskan)
10 ekor udang (dibuangkan kulit dan bersihkan)
2 ekor sotong putih (dibersihkan)
1 keping tauhu (digoreng dan dipotong sederhana nipis)
2 keping fishcake (dipotong nipis)
1 biji tomato (dipotong 8)
1 genggam taugeh
1 cekak sawi (dipotong dan dibasuh)
1 biji telur
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 sudu besar cili boh / cili kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kicap cair 
Sedikit air

Cara Membuatnya :-

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih & bawang merah sehingga harum.
  2. Kemudian masukkan cili boh dan tumis hingga cili garing. Tambah udang & sotong. dan biarkan masak sekejap.
  3. Masukan sedikit air. Tambahkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat, kicap cair, kicap manis. Diikuti dengan telur. Biar telur mengeras sedikit dan kacau hancur.
  4. Boleh masukakn fishcake, tauhu & tomato. Diikuti dengan sayur sawi, taugeh & mee kuning.
  5. Gaul rata dan biarkan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh dimatikan api.
  6. Hidangkan panas-panas dengan hirisan limau kasturi & bawang goreng (jika ada)