Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Telur Dadar Udang



Selalu sangat dah kita makan telur dadar & bawang...Sesekali kita tukar selera pulak kan...letak udang....Wahhh macam mewah pulak kan letaknudang gitu....Senang...Mudah & cepat dimasak...ressepi ni utk 2 org makan.


Bahan-bahannya:-
2 biji telur
1 sudu besar mayonis
5 ekor udang (dibersihkan & dipotong kecil)
Beberapa helai daun bawang (diporong halus)
Secubit garam

Cara Membuatnya:- 

  • Dalam mangkuk, pecahkan telur. 
  • Kemudian tambahkan mayonis, udang, daun bawang & garam. 
  • Pukul semua bahan hingga telur kembang
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan bancuhan telur & masak hingga garing. 
  • Setelah garing, terbalikkan & biarkan ianya masak & garing sempurna
  • Angkat & hidangkan dengan menu kegemaran anda yang lain.



Monday, June 2, 2014

Sup Soo Hoon & Telur Puyuh


Mintak maaf & ampun semua kerana cik kuali sekejap timbul sekejap tenggelam update blog.....Alhamdulillah sekarang kesihatan dah semakin baik & pulih serta boleh kembali beraksi didapur....kalau tidak encik d dah mula pikir nak jual tong gas cik kuali....Dikala cuaca agak panas dan tekak kurang berselera, cik kuali masak simple je...sup soo hoon dan dicampurkan sikit telur puyuh....bila ada sup soo hoon boleh tambah lauk sambal lain contohnye, ikan goreng sambal, sambal sardin, sambal ikan bilis atau apa-apa saja....menu yg cik kuali nak share ni boleh dimakan 2-3 orang

Bahan-Bahannya :-

2 keping fucuk (direndam hingga lembut & potong kecil)
Secekak soo hoon (direndam hingga lembut & potong pendek)
3 biji kentang saiz sederhana (dipotong 4 & rendam dgn air)
10 biji telur puyuh (direbus terlebih dahulu hingga masak & kupas kulitnya)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 sudu makan udang kering (direndam)
700ml air (atau secukupnya)
Garam secukupnya

Cara Membuatnya :-

  • Panaskan periuk dengan api sederhana & sedikit minyak untuk menumis.
  • Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga naik bau (jangan sampai garing). Kemudian toskan udang kering dan tumiskan bersama bawang tadi.
  • Setelah udang kering sedikit garing, masukkan air, kentang & sedikit garam.
  • Ambil penutup periuk dan tutup periuk tersebut supaya kentang cepat empuk.
  • Kemudian toskan fucuk & soo hoon. Jika kentang telah empuk, masukkan fucuk & soo hoon.
  • Rasa dan jika kurang garam tambahkan sedikit garam. Biarkan fucuk & soo hoon masak seketika.
  • Akhir sekali masukkan telur puyuh yg telah direbus terlebih dahulu. Kacau rata hingga sebati semuanya.
  • Rasa dan jika ok. Padamkan api & hidangkan




Tuesday, August 20, 2013

Telur Dadar Berlauk



Telur dadar biasa dah terlalu bosan....Ni cik kuali ada resepi telur dadar berlauk yang mudah disediakan...Biasa kita makan telur bungkus yang lauknya dibungkus didalam telur....Cara cik kuali letakkan saja diatas telur dadar tak perlu dibungkus-bungkus... :)

Bahan-Bahannya:-

3 biji telur
1 sudu besar mayonis
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
200 grm dada ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
2 ketul sosej (dihiris nipis)
1/2 cawan sayur campuran / frozen mixed vegetable
3 ulas bawang merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Sedikit air
Beberapa helai daun bawang (dihiris halus)
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-
  • Dalam mangkuk, pukul telur bersama bawang, mayonis dan sedikit garam. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan gorengkan telur hingga masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Tambahkan cili kisar dan masakkan cili hingga garing.
  • Kemudian masukkan isi ayam dan biar seketika hingga ayam empuk.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sosej, sayur campur dan sedikit air. Tambahkan sedikit garam. Kacau hingga sebati semuanya.
  • Rasa dan jika ok padamkan api. Tuangkan diatas telur dadar yang dimasak awal tadi dan taburkan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.


Monday, August 19, 2013

Kari Ayam & Telur Rebus


Kari ayam sedap kalau makan dengan nasi panas dan sambal belacan...Kalau nak sedap lagi makan dengan ikan masin....Uuuiiii itu memang bertambah nasi kita makan.....Ini cik kuali nak kongsi resepi kari ayam...

Bahan-bahannya :- (untuk 2-3 org makan)

1/2 ekor ayam (dipotong kecil dan bersihkan)
3 biji telur rebus (dibuang kulitnya)
2 biji kentang (dipotong 6 setiap biji)
3 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu besar cili kisar
300ml santan pekat
600ml santan cair
1 biji bawang besar (dikisar dengn sedikit air)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Beberapa kuntum bunga cengkih
Beberapa daun kari
Garam secukupnya
Sedikit kunyit

Cara Membuatnya:-
  • Ayam yang telah dibersihkan, gaulkan sedikit kunyit dan garam. Ketepikan
  • Kisarkan bawang besar dengan sedikit air. Tuangkan dalam mangkuk dan bancuh bersama rempah kari dan cili kisar.
  • Panaskan periuk dengan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bawang putih,halia dan bawang merah hingga naik bau. Tambahkan daun kari, kulit kayu manis, bunga cengekih dan bunga lawang. 
  • Kemudian masukkan bancuhan rempah kari. Kacau rata hingga rempah garing.
  • Masukkan ayam dan kacau hingga sebati dengan rempah. Biarkan seketika. 
  • Tambahkan santan cair, garam dan kentang. Masakkan hingga ayam dan kentang empuk
  • Kacau dan masukkan santan pekat. Kemudian masukkan telur rebus. Kacau selalu hingga pecah minyak.
  • Rasa dan jika ok padamkan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Tuesday, May 7, 2013

Telur Dadar Seafood


Hari ini menu kami lauk "recycle"....Cara mcm ni tiada pembaziran.. Kadang-kadang kita masak lauk terlebih....jgn dibuang tapi kita simpan dlm peti sejuk....ada hari kita tak kesempatan nak masak jadinya boleh panaskan semula lauk yg lebih hari itu...Jika ingin lauk pauk anda tahan lama, lebih elok simpan dibahagian dingin beku atau "freezer"....
Untuk malam ini cik kuali panaskan lauk yang ada & tambah satu menu untuk penambah selera...Telur dadar....cik kuali olah sikit telur dadar biasa jadikan telur dadar seafood uolss..senang aje...

Bahan-Bahannya :-

3 biji telur
1 sudu besar mayonis
5 ekor udang (dibersihkan)
2 jejari isi ketam
Sedikit daun bawang
Sedikit garam

Cara Membuatnya :-
  • Udang & jejari isi ketam dipotong nipis. Hiriskan daun bawang
  • Dalam mangkuk, pecahkan telur, mayonis, udang, isi ketam, daun bawang dan garam. Kacau rata semua bahan
  • Panaskan kuali dgn sedikit minyak. Masukkan bancuhan telur dan biarkan garing. Kemudian diterbalikkan dan biarkan masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menu kegemaran anda yang lain.