Showing posts with label Masakan India. Show all posts
Showing posts with label Masakan India. Show all posts

Thursday, June 25, 2015

Vadey atau Masalodeh


Untuk bulan Ramadhan ini tidak dinafikan banyak bazar ramadhan yang menjual pelbagai jenis makanan... kita cakap saja apa yang teringin InsyaAllah ada org jual di bazar... Pada cik kuali pula, lebih gemar untuk mencuba resepi & juga menambahkan ilmu masakan... Bila kita belajar buat sesuatu & tidak menjadi sudah tentu kita akan kaji & belajar lebih lagi resepi itu hingga menjadi... Terpulang kepada cara masing-masing yang penting dapat mengembirakan orang kita sayang dirumah... Yela bila perut kenyang senang hati.... Hari ini cik kuali nak kongsi kan resepi kuih yang popular dari masyarakat India.... Vadey / Vaday atau juga dikenali Masalodeh.... 

Bahan-Bahannya:-
300grm kacang dhal (dicuci bersih & direndam selama 4 jam)
1 biji cili hijau atau cili api ikut suka (dibuang bijinya & dihiris halus)
2 tangkai cili kering (buang biji & hiris halus cuci serta toskan)
1 biji baang besar (dipotong dadu / dihirs halus)
1 sudu kecil jintan manis biji
1/2 sudu teh garam
1 tangkai daun kari (diracik halus)


Cara Membuatnya:- 

  • Kacang dhal yang telah direndam, toskan hingga kering. Kemudian kisarkan tanpa air kacang dhal hingga hancur.  Jangan terlalu lumat biar sedikit kacang yang x hancur (boleh guna blend yg kering tu atau food processor)
  • Dalam satu bekas, masukkan kacang dhal kisar berserta semua bahan diatas. 
  • Gaul rata kesemuanya hingga sebati..
  • Kemudian leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat.
  • Bulat2kan dan leperkan seperti begedel. Letak atas loyang/dulang yang telah disapu minyak supaya elak melekat.
  • Setelah siap bulatkan aduanan tersebut, panaskan minyak untuk mengoreng dengan api sederhana besar.
  • Goreng hingga garing kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan.

Sunday, August 18, 2013

Chapati


Hari minggu yang tenang dan sejuk kerana hujan buat kan cik kuali agak liat untuk bangun tidur...hehehe...Bila dah bangun tidur kena fikirkan apa nak masak untuk sarapan pagi...Jenguk-jenguk dalam peti sejuk ada baki kari ikan yang masih elok...kalau di cicah dengan chapati sedap kan....Emmmm cik kuali ada beli tepung atta tapi tak kesempatan nak buat chapati lagi....Nak buat chapati tak susah macam nak buat roti canai....Meh cik kuali nak kongsikan resepinya....

Bahan-Bahannya:- (sesuai untuk 2-3 org makan)

225gm tepung atta
150ml air suam
1 sudu besar minyak sapi
Secubit garam
Sedikit tepung atta (untuk mencanai)

Cara Membuatnya :-
  • Dalam satu mangkuk, masukkan tepung atta, minyak sapi & garam
  • Tuangkan air sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga menjadi doh dan sebati semua bahan
  • Biarkan doh didalam mangkuk dan tutupkan dengan sehelai kain lembab / basah selama 30 minit.
  • Selepas itu, bahagikan doh kepada beberapa bola kecil. Diatas papan pencanai, taburkan sedikit tepung atta. Canai nipis setiap bebola kecil.
  • Panaskan kuali tanpa minyak (seeloknya guna non-stick pan). Masakkan setiap keping dengan api sederhana.
  • Setelah beberapa minit atas kuali, doh akan bertukar warna dan kembung di beberapa bahagian. Ditekan-tekankan bahagian kembung dan terbalikkan.
  • Biarkan masak kedua bahagian (jangan garing sangat nnti doh menjadi keras dan liat).
  • Angkat dan letakkan diatas pinggan. Tutup chapati dengan kain bersih atau masukkan dalam bekas tertutup. Ini kerana wap panas dalam bekas tertutup boleh membuatkan chapati lebih lembut.
  • Hidangkan dengan lauk kegemaran anda.