Salam Ramadhan....Alhamdulillah syukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk melakukan amal ibadah di bulan yang mulia...Apa menu berbuka semalam? Cik kuali masak asam pedas ikan tenggiri....Asam pedas sinonim dengan negeri Melaka...Jika kita ke Melaka mesti mencari kedai asam pedas....Pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk masak asam pedas contohnya ikan pari, ikan kembung, ikan semilang, ikan parang dan sebagainya....Selain ikan, daging tetel dan ayam juga boleh digunakan...Macam mana nak masak asam pedas? Meh cik kuali nak share resepinya...Resepi asalasam pedas Melaka mengunakan lada hitam dan halba...Untuk resepi cik kuali lebih ke arah asam pedas Muar gitu...
Bahan-Bahannya
4 keping potongan ikan tenggiri (dicuci)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 biji buah keras (dihiris)
2 senduk nasi cili kisar
250 ml air asam jawa
1 kuntum bungan kantan (dibelah 4)
Beberapa helai daun kesom (dibersihkan)
6-8 biji bendi
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Cara Membuatnya:-
- Ikan yang telah dicuci bersih, digaul dengan sedikit garam dan kunyit.
- Kisar cili kisar bersama dengan bawang merah, bawang putih, belacan dan buah keras.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga garing. Tambahkan sedikit garam dan gula.
- Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau rata. Tambahkan ikan, daun kesom dan bunga kantan.
- Kacau sekali sekala. Kemudian boleh dimasukkan bendi. Biarkan hingga ikan masak.
- Rasa dan jika cukup semuanya boleh dipadamkan api. Hidangkan bersama nasi panas dan telur masin. Enak!
kacang bendi meleleh tu....ikan tenggiri enaknye makan ngan nasi putih panas2
ReplyDeleteThanks Umi Adam Faris sudi jenguk blog kita yg tak seberapa ini... :)
ReplyDelete