Showing posts with label Meehoon. Show all posts
Showing posts with label Meehoon. Show all posts

Monday, June 10, 2013

Meehoon Goreng



Sarapan pagi wajib kita ambil....sangat penting yer uolls...Kebiasaannya menu apa yg uolls makan untuk sarapan pagi? Menu yang popular seperti roti, nasi lemak, roti canai, nasi goreng, english breakfast set, telur setengah masak dan sebagainya untuk permulaan hari kita...Hari Sabtu yang lepas mama cik kuali dtg ke teratak comel cik kuali...So cik kuali nak share resepi meehoon goreng yang cik kuali hidangkan untuk mama cik kuali bersarapan pagi....mudah aje bahan-bahannya.... Untuk sebungkus meehoon sesuai untuk 6-7 org makan...Resepi cik kuali ini sesuai untuk 3 org makan...jika anda ingin membuat dalam kuantiti yang banyak sila gandakan bahan-bahan lain yer...Sayur-sayuran pula, cik kuali hanya letak kobis dalam meehoon ini...Pada yang gemar sayuran boleh campurkan dengan sedikit taugeh dan sawi...Memasak ikut selera dan kretiviti masing-masing..   

Bahan-Bahannya :- (untuk 3 org makan)

2 keping meehoon (direndam hingga lembut)

(setelah lembut, ditoskan airnya)
200 grm isi ayam (dipotong nipis)
2 ekor sotong putih (dipotong & dibersihkan)
1 sudu besar udang kering (direndam)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 biji kobis bulat (dipotong halus)(dicuci & toskan)
2 sudu besar cili boh / cili kisar
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
1 1/2 sudu besar sos tomato
100ml air / air stok ayam
(cik kuali guna air rebusan kulit udang)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur (untuk hiasan)

Cara Membuatnya :-

  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga halus &  ketepikan
  • Udang kering yang telah direndam, ditoskan airnya. Kemudian dikisar halus (tanpa air). Ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang  & cili boh hingga garing. Tambah sedikit gula.
  • Setelah cili garing, masukkan udang kering yang telah dikisar halus. Kacau hingga udang kering sedikit garing. Masukkan perencah seperti sotong dan ayam.
  • Biarkan perencah sedikit masak. Tambahkan air / air stok ayam.
  • Kemudian masukkan kicap cair, kicap pekat, kicap manis dan sos tomato. Kacau hingga sebati. 
  • Kemudian rasa sedikit, jika kurang apa-apa boleh ditambahkan sebelum kita masukkan meehoon dan sayur. 
  • Jika rasa sudah ok,  masukkan meehoon dan kobis. Gaul meehoon dan kobis hingga sebati dengan semua bahan lain. Kecilkan sedikit api. 
  • Kacau hingga meehoon masak dan air meresap ke meehoon. 
  • Rasa, jika ok boleh dipadamkan api.
  • Untuk telur hiasan - pukul 2 biji telur dan tambah sedikit garam. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Goreng telur seperti telur dadar tetapi nipiskan sedikit. Setelah garing kedua-dua belah, boleh diangkat dan biarkan sejuk seketika. Kemudian dipotong halus telur itu dan taburkan diatas meehoon.

Wednesday, April 17, 2013

Meehoon Sup Sonang Bonar....




Menu simple je untuk makan malam tadi sbb cik kuali hangus malas nak makan nasi....Diet ke? Ehhh tak la...So malam tadi tukar sikit menu kepada Meehoon Sup...Tapi meehoon sup cik kuali ni simple & bahan-bahan pun apa yang ada dalam peti ais jer...Kiranya main campak-campak je bahan-bahan nya...hehehe :)  
Bahan-Bahannya

Mee hoon secukupnya (direndam dan biarkan lembut kemudian toskan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
10 ekor udang (dibuang kulit)
2 ekor sotong putih (dibuang kulit dan potong bulat)
100gram Isi ayam (dipotong dadu)
1 keping fish cake (dihiris)
1 biji tomato (belah 6)
1/2 batang lobak merah (dipotong nipis)
500 liter air rebusan udang

(kulit udang direbus & toskan air nya) atau pun boleh tukar kepada stok ayam
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Cili merah untuk hiasan (dihiris)


Cara-cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan sotong, ayam, udang & serbuk lada hitam. Tumis sehingga ayam dan lain-lain masak sedikit.
  • Tambahkan air rebusan udang, lobak merah, tomato & fish cake. 
  • Ditambahkan garam.  Jika rasa sudah menepati citarasa kita boleh dimasukan mee hoon
  • Biarkan mee hoon & bahan-bahan lain elok dimasak. Kemudian bole dihidangkan panas-panas.