Tajuk resepi nampak macam lazatkan...hihi...Cik kuali barhajat lama nak buat kebab nih...pastu sekali tu dah beli dada ayam mcam tak ade idea plak nak masak apa...Emm...terus cik kuali cari resepi yang sesuai...terjumpa plak Chicken Kebab Mediterranean katanya....Dah ada Chicken kebab, pastu pikir pulak tak kan nak makan kebab gitu je...then terus datang idea nak buat Butter Rice....Tzatziki tu apa ke benda plak? Konsepnya macam "dipping sauce" daripada Greek yg sedap dimakan bersama kebab....Meh sini cik kuali nak cerita resepi ni...
Bahan-bahannya:-
Nasi
2 pot beras
Air Secukupnya
50grm mentega
Secubit garam
Kebab Ayam (8 cucuk kebab)
3 keping dada ayam (dipotong ketul besar)
135gm Greek yogurt
2 sudu besar minyak zaiton
2 sudu kecil serbuk paprika
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil cili serpih / chili flakes
1 sudu kecil parutan kulit lemon
2 sudu besar perahan jus lemon
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Garam & Serbuk lada hitam kasar secukupnya
1 biji lada benggala
1 biji bawang besar
8 batang lidi sate
Tzatziki
135gm Greek yogurt
1 batang timun (saiz sederhana) (jgn dibuang kulitnya & diparut halus) - cik kuali guna timun jepun
(timun boleh juga dipotong dadu kecil)
1 sudu besar minyak zaiton
2 ulas bawang putih (ditumbuk balus)
1/2 sudu besar perahan jus lemon
Garam & Serbuk lada hitam kasar secukup rasa
Beberapa helai daun dill (dipotong halus)
Cara Membuatnya:-
Nasi
- Masak nasi seperti biasa. Setelah nasi masak, cairkan mentega.
- Kemudian masukkan mentega cair ke dalam periuk nasi & taburkan sedikit garam.
- Gaulkan nasi hingga rata sebati dengan mentega. Hidangkan bersama kebab ayam.
Kebab Ayam (8 cucuk kebab)
- Dalam satu mangkuk, masukkkan semua bahan kecuali ayam, lada benggala & bawang besar
- Kacau rata semua bahan & rasa. Setelah cukup rasa tambahkan ayam kemudian gaul hingga sebati & tutup mangkuk dengan plastik makanan (cling wrap)
- Perap ayam lebih kurang 8 jam atau semalaman & simpan di dalam peti sejuk (jangan simpan dibahagian sejuk beku)
- Setelah perap secukupnya, Potong bawang besar & lada benggala untuk hiasan kebab
- Cucukkan isi ayam diselang seli dengan lada benggala & bawang
- Setelah siap semuanya, masa untuk memanggang. Boleh dibakar didalam ketuhar pembakar (oven) dan boleh juga dibakar diatas kuali pemanggang (cik kuali panggang diatas dapur sahaja)
- Pastikan ayam masak sempurna disemua bahagian. Jangan terlalu lama, nanti isi ayam menjadi kering.
- Setelah masak hidangkan bersama nasi mentega.
Tzatziki
- Timun yang telah dipotong dadu / diparut, ditaburkan secubit garam & gauk rata. Biarkan timun seketika. Kemudian toskan air timun yg keluar.
- Dalam satu mangkuk masukkan yogurt, minyak zaitun, bawang putih, jus lemon, garam, serbuk lada hitam & dill
- Kacau hingga sebati semuanya. Tambahkan timun & kacau rata. Simpan didalam peti sejuk sebelum makan. Sedap dimakan sejuk.
- Hidangkan bersama Kebab Ayam.
awesomeeee
ReplyDeleteThanks sudi singgah blog saya
ReplyDelete