Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

Laksa Utara



Mai mai laksa utara dah mai dah.....Haaa Laksa....Dalam pelbagai jenis laksa yang ada di Malaysia ini, cik kuali paling gemar sekali laksa utara...Encik D pun pengemar laksa...Jadinya Jumaat lepas cik kuali masakkan laksa untuk menu berbuka kami...Boleh dikatakan mudah untuk memasak laksa, cuma perlukan kesabaran untuk menyediakan bahan-bahannya...Kuah laksa yang pekat dan sedap boleh buat kita teringat-ingat nak makan laksa....

Bahan-Bahannya :- (untuk 4-5 org makan)

450grm laksa (lebih kurang sebungkus)
1 kg ikan kembung (dibersihkan)
Seikat daun kesum 
2 kuntum bunga kantan (dipotong kasar)
4 keping asam gelugur / asam keping
1/2 inci lengkuas (dititik / ditumbuk sedikit)
1 batang serai (dititik / ditumbuk sedikit)
1.5 liter air
2 sudu besar pes udang / petis udang / otak udang
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
3 biji cili merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah

Bahan-Bahan Ulaman / Sampingan
1 biji timun (dipotong nipis dan memanjang)
2 biji cili merah (dihiris halus)
6 biji cili padi (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 tangkai daun pudina
Beberapa helai daun salad (dihiris halus) - cik kuali tak letak
4 biji limau kasturi (dibelah 2 dan buang bijinya)
4 biji telur rebus (dikupas kulit dan dibelahkan 2)
Sedikit hirisan bunga kantan

Cara Membuatnya:-


  • Rebuskan laksa hingga masak. Toskan airnya dan ketepikan
  • Masukkan ikan yang telah dibersihkan bersama 1 liter air ke dalam periuk. Direbus ikan hingga masak. Angkat ikan yang telah masak dan ketepikan air rebusan.
  • Ikan yang telah direbus, diasingkan tulang temulang dari isinya. Kisarkan isi ikan hingga sedikit halus dengan air rebusan dan tuangkan dalam periuk bersih
  • Kemudian dikisar pula tulang dan kepala ikan bersama air rebusan. Sebelum dituangkan ke dalam periuk, tapiskan terlebih dahulu. 
  • Kisarkan bahan kisar dengan baki air rebusan dan tuangkan ke dalam periuk. Tambahkan daun kesum, bunga kantan, asam gelugur, lengkuas dan serai
  • Masakkan kuah hingga mendidih. Kacau sekali sekala. Jika kuah agak pekat, masukkan baki 500ml air. 
  • Kemudian masukkan pes udang / petis dan garam secukup rasa. Setelah kuah didih, rasa dan jika ok padamkan api.
  • Hidangkan laksa bersama bahan ulaman.