Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Sup Soo Hoon & Telur Puyuh


Mintak maaf & ampun semua kerana cik kuali sekejap timbul sekejap tenggelam update blog.....Alhamdulillah sekarang kesihatan dah semakin baik & pulih serta boleh kembali beraksi didapur....kalau tidak encik d dah mula pikir nak jual tong gas cik kuali....Dikala cuaca agak panas dan tekak kurang berselera, cik kuali masak simple je...sup soo hoon dan dicampurkan sikit telur puyuh....bila ada sup soo hoon boleh tambah lauk sambal lain contohnye, ikan goreng sambal, sambal sardin, sambal ikan bilis atau apa-apa saja....menu yg cik kuali nak share ni boleh dimakan 2-3 orang

Bahan-Bahannya :-

2 keping fucuk (direndam hingga lembut & potong kecil)
Secekak soo hoon (direndam hingga lembut & potong pendek)
3 biji kentang saiz sederhana (dipotong 4 & rendam dgn air)
10 biji telur puyuh (direbus terlebih dahulu hingga masak & kupas kulitnya)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 sudu makan udang kering (direndam)
700ml air (atau secukupnya)
Garam secukupnya

Cara Membuatnya :-

  • Panaskan periuk dengan api sederhana & sedikit minyak untuk menumis.
  • Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga naik bau (jangan sampai garing). Kemudian toskan udang kering dan tumiskan bersama bawang tadi.
  • Setelah udang kering sedikit garing, masukkan air, kentang & sedikit garam.
  • Ambil penutup periuk dan tutup periuk tersebut supaya kentang cepat empuk.
  • Kemudian toskan fucuk & soo hoon. Jika kentang telah empuk, masukkan fucuk & soo hoon.
  • Rasa dan jika kurang garam tambahkan sedikit garam. Biarkan fucuk & soo hoon masak seketika.
  • Akhir sekali masukkan telur puyuh yg telah direbus terlebih dahulu. Kacau rata hingga sebati semuanya.
  • Rasa dan jika ok. Padamkan api & hidangkan




Sunday, November 3, 2013

Sup Tulang



Adakala nak jugak sesekali makan menu yang bersup....Nak pulak time hujan-hujan sekarang ni...dapat sup panas dan makan dengan nasi putih ataupun cicah dengan roti bengali...Sedappp!!! Sup ada pelbagai cara dan bahan yang boleh digunakan...Terpulang kepada selera masing-masing...Ada yang suka letak rempah sup...ada pulak yang suka rasa keasliannya tanpa masukkan rempah cuma gunakan bahan-bahan asas sahaja....Ikut selera kita nak masak macam mana...Hari ini cik kuali nak kongsikan resepi Sup Tulang yang mengikuti selera kami sekeluarga....Resepi ini bersesuaian untuk 2-3 org makan....

Bahan-Bahannya :-
1/2 kilo tulang lembu (jika sedap ambil tulang yg ada isinya)
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu kecil lada hitam biji (dikisar)
1 sup bunjut Sup Tulang Adabi
3 sudu besar rempah sup serbuk Adabi / Babas
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang 
6 kuntum bunga cengkih
Garam secukupnya
Beberapa helai daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
Bawang Goreng

Cara Membuatnya :-

  • Tulang dicuci bersih & ditoskan. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk.
  • Kisarkan bawang besar, halia dan lada hitam dengan sedikit air sehingga halus.
  • Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tulang. Rebuskan tulang hingga separuh empuk. 
  • Tambahkan air jika kurang
  • Kemudian masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, rempah sup, sup bunjut dah garam secukupnya.
  • Kacau rata hingga sebati semua dengan rempah. Biarkan hingga daging empuk.(Bagaimana kita tahu dah empuk, ambil garfu dan cucuk ke bahagian daging..kalau lembut je maknanya dah empuk ya)
  • Setelah daging empuk, rasa dan jika ok padamkan api.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga garing. 
  • Angkat bawang tumis dan masukkan kedalam periuk sup tadi. Kacau sebati. 
  • Hidangkan dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.   


Sunday, June 23, 2013

Sup Cendawan dan Bebola Ikan



Lama pulak rasanya tak update apa-apa resepi...Sorry uolls...cik kuali agak sibuk sikit sabtu dan ahad lepas...Jemputan kenduri, majlis bertunang, birthday party dan sebagainya yg perlu cik kuali hadiri..org menjemput kita pergi, tak elok kecik kan hati org melainkan ada hal tertentu yang tak dapat dielakkan...
Baru-baru ini Malaysia dilanda persekitaran udara yang tidak sihat...Jerebu sana sini sekarang ni...Cik kuali pun rasa tekak dah pahit-pahit....Rasa mcm nak makan sup-sup jer gitu....Anda juga mungkin mengalami rasa yang sama kan....Cik kuali nak share resepi mudah dan ringkas untuk musim-musim kurang sihat ini..Sup Cendawan...yummy!

Bahan-Bahannya :-

400grm cendawan tiram (dipotong kecil)
10 biji bebola ikan (dipotong 2)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1/2 sudu besar udang kering (direndam & toskan)
100 ml air (boleh lebih pada yang suka berkuah)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)

Cara Membuatnya :-
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan udang kering. Tumis hingga udang kering sedikit garing.
  • Tambahkan air. garam dan lada sulah.
  • Cendawan yang telah dipotong kecil, dibasuh & toskan. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam kuali bersama dengan fishball.
  • Kacau rata hingga cendawan layu. Rasa & jika kurang boleh ditambahkan sedikit garam.
  • Jika rasa sudah ok boleh dipadam kan api.
  • Hidangkan dan taburkan dengan daun bawang diatasnya. Sedap dimakan begitu sahaja...