Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Thursday, June 25, 2015

Vadey atau Masalodeh


Untuk bulan Ramadhan ini tidak dinafikan banyak bazar ramadhan yang menjual pelbagai jenis makanan... kita cakap saja apa yang teringin InsyaAllah ada org jual di bazar... Pada cik kuali pula, lebih gemar untuk mencuba resepi & juga menambahkan ilmu masakan... Bila kita belajar buat sesuatu & tidak menjadi sudah tentu kita akan kaji & belajar lebih lagi resepi itu hingga menjadi... Terpulang kepada cara masing-masing yang penting dapat mengembirakan orang kita sayang dirumah... Yela bila perut kenyang senang hati.... Hari ini cik kuali nak kongsi kan resepi kuih yang popular dari masyarakat India.... Vadey / Vaday atau juga dikenali Masalodeh.... 

Bahan-Bahannya:-
300grm kacang dhal (dicuci bersih & direndam selama 4 jam)
1 biji cili hijau atau cili api ikut suka (dibuang bijinya & dihiris halus)
2 tangkai cili kering (buang biji & hiris halus cuci serta toskan)
1 biji baang besar (dipotong dadu / dihirs halus)
1 sudu kecil jintan manis biji
1/2 sudu teh garam
1 tangkai daun kari (diracik halus)


Cara Membuatnya:- 

  • Kacang dhal yang telah direndam, toskan hingga kering. Kemudian kisarkan tanpa air kacang dhal hingga hancur.  Jangan terlalu lumat biar sedikit kacang yang x hancur (boleh guna blend yg kering tu atau food processor)
  • Dalam satu bekas, masukkan kacang dhal kisar berserta semua bahan diatas. 
  • Gaul rata kesemuanya hingga sebati..
  • Kemudian leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat.
  • Bulat2kan dan leperkan seperti begedel. Letak atas loyang/dulang yang telah disapu minyak supaya elak melekat.
  • Setelah siap bulatkan aduanan tersebut, panaskan minyak untuk mengoreng dengan api sederhana besar.
  • Goreng hingga garing kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan.

Wednesday, June 24, 2015

Onde-Onde / Buah Melaka


Cik Kuali rasa ini lah kuih paling senang & mudah untuk buat dalam dunia.... Sebabnya kita bancuh adunan tepung lepas tu masukkan kedalam air panas didih, kuih timbul dah masak....Cik kuali rasa uolls semua pernah buat kuih buah melaka atau nama lain nya Onde-onde....Betul tak? Ok la hari ini cik kuali nak kongsi kan resepi kuih senang ni....

Bahan-Bahannya: 
Anggaran dalam 20 biji buah melaka.

3 cawan tepung pulut
Gula melaka - potong kecil
1 cawan air atau secukupnya
5 helai daun pandan 
1 sudu kecil kapur makan 
1 cawan kelapa parut yang putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut


Cara Membuatnya:

  • Kisarkan daun pandan dengan air secukupnya hingga halus. Tapiskan jus padan untuk asingkan hampasnya & ketepikan.
  • Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan serta air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.
  • Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.  
  • Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.
  • Setelah timbul, tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan. 

Monday, June 22, 2015

Kuih Bakar Daging




Salam semua....Macam mana puasa uolls? harap semuanya sihat2 belaka ye.... Dah ade menu berbuka utk hari ini.... Cik kuali nak kongsi resepi sedap & yang pasti uolls mesti suka... Kuih bakar daging... Jom kita tgk resepi nya....

Bahan-Bahan:-
400 gm daging kisar/cincang
3 sudu besar rempah daging
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Daun bawang - dihiris halus
Daun sup - dihiris halus
Cili merah - hiris halus
Garam secukupnya

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan
3 cawan air
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Cara Membuatnya:-

Inti
  • Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Atau boleh guna daging batang pinang dan potong kecik. 
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar. Kemudian bila bawang dah kekuningan, Tambahkan rempah kari dan goreng sampai wangi. 
  • Kemudian masukkan daging serta garam secukupnya dan masa sehingga kering. 
  • Angkat & biarkan ianya sejuk.

Adunan Tepung
  • Pukul telur hingga kembang, masukkan santan & kacau sampai rata. Tambahkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus. 
  •  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi dah ada perisa.
  • Panaskan oven pada suhu 180C. Lauk daging dibahagi kepada 4 bahagian sebab bancuhan ini jadi 4 kuih bakar.
  • Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur, bubuh ½ sudu minyak  dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan.
  • Biar kira kira 1 minit, kemudian letakkan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan lahan. Mulakan di bahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.
  •  Akhir sekali, taburkan daun bawang dan cili merah. Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C menggunakan api atas bawah selama 15-20 minit.

  • Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sangat sedap. Selamat mencuba...





Tuesday, July 1, 2014

Kuih Cara Berlauk




Bila bulan Ramadhan mula la tekak ni macam2 nak makan...kuih itu...kuih ini....Dulu cik kuali suka jgk pergi ke bazaar Ramadhan utk cari juadah yg teringin...Tapi tahun lepas encik d bg assignment katanya tidak ada makanan dari bazaar....Apa lagi cik kuali pun gigih belajar macam2 menu.....Puasa tahun ini pun sama no bazaar food kata beliau....Hari ini cik kuali teringin kuih cara berlauk....bahan-bahan pun elok plak ade kat dapur....Jom kita tgk resepinya....

Bahan-Bahannya :-
1 1/2  cawan tepung gandum
250ml santan
1 biji telur
1 titik pewarna makanan - kuning
1 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam

Bahan-Bahan Inti :-
100 gram daging kisar (cik kuali guna ayam kisar)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)

2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil cili boh / cili kisar
Sedikit air 
Beberapa helai daun sup & daun bawang (dihirs halus)
1 biji cili merah (dibuang biji nya & dihiris dadu halus)
Garam & gula secukup rasa

Cara Membuatnya :-

  • Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan rempah kari & cili kisar. Kacau rata hingga rempah garing.
  • Masukkan daging / ayam kisar & sedikit air. Kacau supaya daging tidak berketul-ketul. 
  • Tambahkan garam & gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan sebahagian daun bawang, daun sup & cili merah (simpan sebahagian untuk hiasan)
  • Rasa & jika ok padamkan api. Ketepikan & biarkan ia sejuk

  • Untuk bancuhan tepung. Boleh guna mixer atau blender supaya tepung tidak berketul / berbintil. 
  • Masukkan semua bahan dalam blender. Kisarkan hingga halus. 
  • Panaskan acuan. Gunakan api yang paling kecil sekali. Sapukan minyak setiap cetak acuan. (cik kuali guna daun pandan yg disimpul)


  • Setelah acuan cukup panas, tuangkan bancuhan kedalam setiap cetak acuan. Jangan sampai penuh acuan hanya 3/4 penuh sahaja. (Lebih mudah gunakan jug kecil untuk tuang bancuhan kedalam acuan)

  • Kemudian masukkan inti disetiap bancuhan tepung. Gunakan sudu kecil untuk lebih mudah. Taburkan daun bawang, daun sup & cili disetiap acuan.


  • Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk & biarkan lebih kurang 3 minit. Buka tudung periuk & permukaan kuih sudah kering boleh diangkat kuih tersebut. Ulang kaedah yg sama hingga habis bancuhan tepung.
  • Resepi ini boleh dapat 30-35 biji kuih cara berlauk & bergantung size acuan yang anda gunakan.