Bila bulan Ramadhan mula la tekak ni macam2 nak makan...kuih itu...kuih ini....Dulu cik kuali suka jgk pergi ke bazaar Ramadhan utk cari juadah yg teringin...Tapi tahun lepas encik d bg assignment katanya tidak ada makanan dari bazaar....Apa lagi cik kuali pun gigih belajar macam2 menu.....Puasa tahun ini pun sama no bazaar food kata beliau....Hari ini cik kuali teringin kuih cara berlauk....bahan-bahan pun elok plak ade kat dapur....Jom kita tgk resepinya....
Bahan-Bahannya :-
1 1/2 cawan tepung gandum
250ml santan
1 biji telur
1 titik pewarna makanan - kuning
1 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam
Bahan-Bahan Inti :-
100 gram daging kisar (cik kuali guna ayam kisar)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil cili boh / cili kisar
Sedikit air
Beberapa helai daun sup & daun bawang (dihirs halus)
1 biji cili merah (dibuang biji nya & dihiris dadu halus)
Garam & gula secukup rasa
Cara Membuatnya :-
- Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah kari & cili kisar. Kacau rata hingga rempah garing.
- Masukkan daging / ayam kisar & sedikit air. Kacau supaya daging tidak berketul-ketul.
- Tambahkan garam & gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan sebahagian daun bawang, daun sup & cili merah (simpan sebahagian untuk hiasan)
- Rasa & jika ok padamkan api. Ketepikan & biarkan ia sejuk
- Untuk bancuhan tepung. Boleh guna mixer atau blender supaya tepung tidak berketul / berbintil.
- Masukkan semua bahan dalam blender. Kisarkan hingga halus.
- Panaskan acuan. Gunakan api yang paling kecil sekali. Sapukan minyak setiap cetak acuan. (cik kuali guna daun pandan yg disimpul)
- Setelah acuan cukup panas, tuangkan bancuhan kedalam setiap cetak acuan. Jangan sampai penuh acuan hanya 3/4 penuh sahaja. (Lebih mudah gunakan jug kecil untuk tuang bancuhan kedalam acuan)
- Kemudian masukkan inti disetiap bancuhan tepung. Gunakan sudu kecil untuk lebih mudah. Taburkan daun bawang, daun sup & cili disetiap acuan.
- Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk & biarkan lebih kurang 3 minit. Buka tudung periuk & permukaan kuih sudah kering boleh diangkat kuih tersebut. Ulang kaedah yg sama hingga habis bancuhan tepung.
- Resepi ini boleh dapat 30-35 biji kuih cara berlauk & bergantung size acuan yang anda gunakan.
No comments:
Post a Comment