Showing posts with label Masakan Cina. Show all posts
Showing posts with label Masakan Cina. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Udang Goreng Nestum



Apa lagi yang kita boleh buat dengan udang selain dari sambal petai? Goreng kunyit pun best jugak...Goreng ngn mentega mcm kat restoran pun ok jugak....Bila nak masak benda-benda macam ni yg duk keluar dari kepala....Mula-mula berangan nak masak itu ini, lepas tu kang lauk simple je...Heheheheh...Tapi biasanya yang simple tu enak.....Hari ini cik kuali nak kongsikan resepi Udang Nestum....Cik kuali pernah makan dulu Udang Nestum kat restoran, pastu tak teringat nak cari resepi nya....Hari ni pulak tekak ni tergedik-gedik nak udang nestum...Bak kata Encik D, "awak tu semuanya teringin"....Hehehehehe...Alasan cik kuali memang begitu....

Bahan-bahannya:-
10-15 ekor size sederhana besar (dibersihkan, kulit jgn dibuang, digunting belakang udang)
1 cawan nestum
4 biji cili padi (dihiris halus)
2 tangkai daun kari
1 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 sudu mentega
1/2 sudu kecil gula
Secubit garam

Cara Membuatnya :-
  • Udang yang telah dibersihkan, ditoskan & digaulkan dengan sedikit garam. Panaskan minyak untuk mengoreng dengan api sederhana besar.


  • Goreng udang hingga garing. Angkat & ketepikan.
  • Guna kuali lain (jika guna kuali sama, keluarkan minyak mengoreng udang tadi), masukkan butter, bawang putih, daun kari & cili padi. Tambahkan gula & garam.
  • Kacau rata hingga semua bahan sedikit garing (daun kari akan bunyi "pop"). 

  • Kemudian masukkan udang & nestum. Kacau hingga semua bahan sebati. 
  • Setelah sebati, padamkan api. Hidangkan

Friday, July 26, 2013

Ayam Kung Pao


Kung pao tu apa? Mcm kung fu pun ada yer...Sebelum ini cik kuali pernah kongsikan resepi Kam Heong....Hari ini cik kuali nak kongsi resepi Kung pao pulak...Kung Pao bermaksud "spicy stir-fry" ataupun tumis pedas yang dibuat daripada kombinasi ayam, kacang, sayur-sayuran dan lada cili. Menu ini juga adalah hidangan klasik dalam masakan Szechuan yang berasal dari Wilayah Sichuan di tengah barat Negara Cina. Sedap ke tidak menu ini, anda sendiri kena cuba buat...Bahagian ayam yang sesuai untuk membuat menu ini ialah bahagian dada atau isi ayam tanpa tulang. Boleh juga menggunakan peha ayam tapi pastikan buangkan tulangnya terlebih dahulu.  

Bahan-Bahannya :-
400grm isi ayam / dada ayam (dipotong kecil)
8 tangkai cili kering (dipotong pendek)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (dihiris halus)
3 sudu besar kacang gajus (yang telah dipanggang)
1/2 biji cili benggala (dipotong kecil)
Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)
1 sudu kecil minyak bijan (untuk menumis)
Beberapa helai daun sup (dihiris)

Bahan Perapan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil minyak bijan

Bahan Sos
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili bawang putih (sos cili thai)
1/4 cawan stok ayam
1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:-


  • Ayam dibersihkan dan toskan. Dalam satu mangkuk masukkan bahan perapan dan ayam. Perapkan selama 30 minit. 
  • Dalam mangkuk lain, bancuhkan bahan sos.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam yang telah diperap hingga masak 70%. Angkat ayam dan ketepikan.
  • Gunakan kuali yang sama. Minyak menggoreng dikurangkan hingga tinggal sedikit minyak dan tambahkan minyak bijan.
  • Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering. 
  • Tambahkan ayam yg telah digoreng awal tadi, lada benggala dan kacang gajus. 
  • Kemudian masukkan bahan sos. Kacau hingga semua sebati selama 5 minit. 
  • Rasa dan jika ok padamkan api. Hidangkan dan taburkan daun bawang.

Thursday, July 18, 2013

Ikan Siakap Kukus Halia


Salam Ramadhan.....Dah puasa ke berapa dah kita hari ini? Sekejap je dah 10 hari...Pantas sungguh masa berlalu...Apa menu berbuka uolls semalam? Cik kuali masak yang mudah dan ringkas saja semalam kerana agak kepenatan bekerja...Hari ini cik kuali nak kongsikan menu sihat, ringkas dan cepat disediakan....yang penting sedap...Adakalanya kita bosan makan ikan yang digoreng dan dibuat gulai. Apa salahnya sesekali kita ubah cara masakkan pula...Kita kukus, panggang dan grill (dah mcm iklan Panasonic plak)...hehehe...Bahan-bahan untuk kukus ikan ini pun mudah dan senang didapati...Selain siakap boleh juga guna kan ikan bawal, ikan merah dan ikan kerapu....Cara kukus pula tidak semestinya mengunakan periuk kukus...Dengan kuali pun kita boleh kukus ikan cuma yang perlu ada penutup kuali dan besi pengalas periuk...

Bahan-Bahannya:-

1 ekor ikan siakap (dicuci bersih)
2 inci halia (dihiris halus)
5 sudu besar kicap cair
3 sudu besar air
3 percikan lada putih / lada sulah
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak
Beberapa helai daun sup & daun bawang (dipotong panjang 2 inci)
Sedikit garam

Cara Membuatnya :-
  • Dalam 1 mangkuk, campurkan minyak bijan, kicap cair, lada putih dan gula. Ketepikan 
  • Ikan dicuci bersih dan diletakkan didalam pinggan yang boleh dikukus. Taburkan sedikit garam dan 1/2 bahagian halia yg telah dihiris tadi.
  • Didihkan air didalam kuali. Letakkan besi pengalas periuk dan masukkan pinggan ikan. Kemudian tutup rapat dengan penutup kuali. Kukus ikan selama 8 minit.
  • Setalah 8 minit, tutupkan api. Keluarkan ikan dan buangkan air lebihan ikan di dalam pinggan serta halia. 
  • Kemudian ambil 1/2 bahagian halia yang telah dihiris tadi, ditaburkan diatas ikan yg telah dikukus. Panaskan 2 sudu minyak. Setelah panas, dicurahkan ke atas halia dan ikan. 
  • Kemudian guna kuali yang sama, panaskan bahan-bahan kicap yang kita telah campurkan tadi. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, padamkan api dan dituangkan rata keatas ikan. 
  • Akhir sekali taburkan daun bawang dan daun sup. Ikan siap untuk dihidangkan.   


Thursday, July 11, 2013

Lala Kam Heong


Sebelum ini cik kuali pernah kongsikan resepi Ayam Kam Heong... Semalam untuk menu iftar cik kuali masak Lala Kam Heong...Disebabkan cik kuali sampai ke rumah agak lewat jadinya masak yang simple saja....Kita boleh masak pelbagai jenis masakan dengan lala seperti gulai lemak, masak bersama pasta, goreng bercili dan sebagainya....


Bahan-Bahannya

300 grm lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Membuatnya:-
  • Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati. 
  • Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
  • Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama nasi panas..

Wednesday, June 5, 2013

Tauhu Telur dan Cendawan





Tauhu telur / tauhu jepun / egg tofu banyak kite nampak dijual di pasar dan pasar raya....Pembuatan tauhu telur sama seperti tauhu yang lain cuma ditambahkan telur. Tekstur tauhu telur pula lebih lembut dari tauhu biasa...Menu ini cik kuali masak minggu lalu....Cik kuali tambahkan menu ini dengan cendawan shiitake..Kalau kita biasa order di restoran menu ini akan dihidangkan secara sizzling....tapi cik kuali tak ade kuali sizlling itu....nnti suh encik d belikan la... :)

Bahan-Bahannya :-
2 tiub tauhu telur (dipotong bulat dengan ketebalan 1/2 inci)
1 cawan cendawan shiitake (dihiris halus) 
100grm isi ayam kisar (cik kuali guna jenama ramly)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar kicap pekat
100ml air
1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit serbuk lada sulah & serbuk lada hitam
Sedikit gula
Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)

Cara Membuatnya :-

1) Goreng tauhu telur hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Biarkan seketika.
2) Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih & halia hingga naik bau. Masukkan isi ayam kisar. Kacau rata.
3) Setelah isi ayam sedikit garing. Masukkan cendawan shiitake, sos tiram, kicap cair, kicap pekat, sedikit serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan gula.
4) Kemuadian tambahkan sedikit air. Kacau rata semua bahan. Masukkan tauhu telur.
5) Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6) Rasa dan jika ok, padamkan api. Taburkan daun bawang. Sedap dimakan panas-panas.


Friday, May 3, 2013

Ayam Kam Heong


Lama cik kuali tak masuk ke dapur....Faktor kesihatan tak mengizinkan cik kuali memasak....Demam, selsema, batuk segalanya menyerang cik kuali....Hari ini kesihatan dah mula pulih, Alhamdulillah..
Menu makan malam kami ringkas jer...Ayam Kam Heong....Jika anda biasa ke kedai Masakan Cina Muslim, pasti pernah terlihat menu Kam Heong ni...Kam heong bermaksud Golden Fragrance atau Berbau Wangi....Selain ayam, boleh juga digantikan dgn Lala, Ketam dan Udang...Nak cuba memasak...ni cik kuali nak kongsi resepi....

Bahan-Bahannya

4 ketul peha ayam / 300gm isi ayam
(dipotong kecil)
1 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
1/2 biji cili bengala (optional)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Membuatnya
  • Cuci ayam & toskan. Gaulkan sedikit garam & tepung jagung.Kemudian digoreng hingga masak tapi jangan garing sangat. Diangkat dan  biarkan seketika.
  • Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati. 
  • Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama dengan cili bengala & bawang besar
  • Kacau rata.Jika rasa sudah ok, boleh dihidangkan bersama nasi panas..