Showing posts with label Masakan Thai. Show all posts
Showing posts with label Masakan Thai. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

Sambal Udang Petai Ala Thai



Udang & Petai memang semua sedia maklum gabungan yang serasi bersama gitu...Sambal udang petai adalah kegemaran cik kuali...Kali ini cik kuali nak share resepi sambal udang petai ala thai....Cik kuali agak rajin sikit sekarang ni utk memasak...Selepas diperli Encik D, nak jual tong gas katanya....Kalau tong gas dah dijual mcm mana dapur cik kuali nak berasapkan....Gitu ler cite nya....Jom kita masak!

Bahan-Bahannya :-

15-20 ekor udang bersaiz sederhana
3 papan petai
4 senduk nasi cili kisar
2 biji bawang besar (1 dipotong bulat, 1 untuk dikisar)
1/2 inci belacan
1/4 cawan air asam jawa
3 helai daun limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya :-


  • Udang dibersihkan. Petai diambil isinya. Kisarkan cili kisar bersama bawang besar dan belacan
  • Panaskan minyak untuk mengoreng. Gorengkan udang sekejap. Angkat dan ketepikan
  • Kemudian panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing. Tambahkan garam & gula.
  • Kemudian masukkan petai, daun limau purut dan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau rata.
  • Tambahkan air asam jawa & udang yg telah digoreng awal tadi. Kacau rata dengan api sederhana hingga sambal sedikit pekat.Rasa dan jika ok boleh dihidangkan.

Tuesday, July 23, 2013

Daging Masak Merah




Macam dah lama pulak cik kuali tak update resepi kan? Yela dapur tak berasap la katakan...Dua tiga hari ini berbuka diluar sajer.....Hari ini cik kuali nak kongsikan menu yang biasa kita pesan atau makan di Restoran Masakan Thai iaitu Daging Masak Merah....Tapi resepi ini dah kira ikut versi cik kuali...Jika kita biasa dengan resepi masakan thai, mereka gemar mengunakan sos ikan...Cik kuali mengantikan sos ikan kepada pati ikan bilis...Sesekali tukar selera kepada daging di bulan Ramadhan ini apa salahnya kan...

Bahan-Bahannya :-

300grm daging (dicuci bersih)

1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1/2 inci halia (dihiris halus)
6 biji cili padai (diketuk)(boleh tambah lagi jika ingin pedas)
3 helai daun limau kasturi
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
Sedikit air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :-

  • Masukkan daging yang telah dicuci bersih ke dalam periuk.(jika ingin daging warna merah seperti di kedai, masukkan pewarna merah) Rebus daging hingga empuk. Asingkan air dan daging. Ketepikan air daging.
  • Setalah daging sedikit sejuk, potong daging nipis-nipis.
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.Tambahkan cili kisar, sedikit gula dan garam. Tumis cili hingga garing. 
  • Masukkan sedikit air daging, serbuk pati ikan bilis, cili padi, daun limau kasturi, sos cili, sos tomato dan sos tiram
  • Kacau rata dengan api sederhana. Tambahkan daging dan bawang besar. Biarkan sebentar biarkan semua bahan sebati.
  • Rasa dan jika ok padamkan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Friday, May 24, 2013

Siakap Suka Hati


Masalah kekapis nak masak apa dah selesai...ini masalah siakap pulak nak masak apa...konon pada asal nya nak dimasakkan 3 rasa...tapi encik D cakap mcm dah jemu dengar 3 rasa....cuba buat lain katanya...wahhhh kalau dia tolong masakkan tak pe jugak...ini cik kuali jugak yang pikir nak masaka apa..sudah nya ikut suka hati cik kuali la resepinya kan....

Bahan-bahannya :- 
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
2 senduk nasi cili kisar / cili boh
5 ulas bawang kecil
2 ulas  bawang putih
1/2 biji timun (dipotong dadu)
1/2 biji lada benggala / capsicum (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
Beberapa tangkai daun sup & daun bawang (dipotong kasar)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :-

  • Panaskan minyak untuk mengoreng ikan. Ikan ditabur sedikit garam. Kemudian goreng hingga garing. Ketepikan.
  • Kisar cili kisar bersama bawang kecil & bawang putih
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga garing. Tambahkan sedikit garam dan gula. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan lada benggala, timun dan bawang besar. Biarkan seketika.
  • Rasa dan jika ok bole dituangkan diatas ikan.
  • Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.

Paprik Kekapis


Kekapis.....mcm kembang kempis je bunyi nye...hehehhe...tak la...kekapis ni dalam sebutan english nya "scallop"....Cik Kuali gi pasar malam ari Rabu aritu, ternampak ada seorang pakcik duk leka susun kekapis dalam pinggan.....tnya pakcik berapa dia jual sepinggan...dia jawab rm5.00 jer.....cik kuali pun beli la sepinggan...sebelum ni pernah makan scallop tapi memasak nya belum pernah lagi...so tak berani nak  beli banyak sebab takut tak jadik pulak lauk nya..Di hari Jumaat yang mulia ini tambahan pulak hari cuti, cik kuali try la nak masak kekapis ni...


Ini rupa kekapis dengan kulit cengkerang nya....cik kuali kopek ambil isi nya....isi putih gebu gitu....Dah dibersihkan cik kuali tenung kekapis nih apa yang sesuai nak masak ni....akhirnya Paprik yg menjelma memandangkan bahan-bahan lain pun ada....tapi cik kuali rasa uolls lagi terror masak paprik kan... :)

Bahan-Bahannya :-
400grm Kekapis / Scallop (dibersihkan)
1/2 batang lobak merah (dipotong nipis)
10 tangkai kacang panjang 
Sedikit bunga kobis (dipotong kecil)
1 biji tomato (dipotong 6)
1 biji bawang besar (dihiris)
8 biji cili padi (dititik)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 batang serai (dititik)
4 helai daun limau purut
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
Sedikit sos ikan (tapi cik kuali tak guna)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :-

  • Kekapis dikopek & dibersihkan. 
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, cili padi, serai dan bawang besar.
  • Kemudian masukkan daun limau purut, sos cili, sos tomato dan sos tiram, sedikit garam dan gula. Kacau rata.
  • Masukkan sayur lobak merah, bunga kobis dan kacang panjang. Gaul rata dan biar hingga sayur sedikit empuk / masak.
  • Tambahkan kekapis. Kacau hingga sebati. Biar seketika. Rasa dan jika ok boleh dipadamkan api. Kekapis tak sedap dimasak lama nanti liat isinya.

Friday, April 19, 2013

Mood Malas Masak


Mood malas memasak dah mai dah...bila rajin macam-macam lauk kita nak cuba memasak...bila waktu yg malas tu, apa lagi mmg makan kat luar la jawapnya...hehehe....So mlm tadi encik d cadangkan nak makan di Kampung Baru....bila dia tanya nak makan apa jer....terus  beku kepala otak ni nak jawap apa nak makan...sbb kehendak perut ni mcm2 kan :)....
Pilih punya pilih tempat makan akhir kami punya pilih Restoran Ton Phai..dah nama pun ala ala Siam gitu kan...harus hidangkan masakan Thai...sebelum ni dah pernah cuba...tgk servis cepat, makanan pun rasa sedap, dan harga pun berpatutan tu yg dtg repeat lagi ke sini...
Malam tadi menu pilih kami, Tom Yam Campur, Paprik Ayam, Kailan Ikan Masin & Kerang Bakar (favourite encik d)...Alhamdulillah semua lauk pilihan menepati citarasa kami...Tomyam Campur bukan setakat ada ayam, daging ngn udang je...tapi siap ada ketam, lala, cendawan lagi tu...Paprik Ayam & Kailan ikan masin secukup rasa...sedap dimakan....
Restoran ini terletak di area Jalan Raja Uda sama jalan dgn Juara Tomyam yg fofular tu....fofular ke? ...hehehehe.... Kalau ade yg nak mencuba boleh la ke restoran ni....mcm-mcm menu lain lagi yg sedap2..ok lah cik kuali dah mengantuk...Moga-moga esok datang balik mood rajin ke dapur....