Macam dah lama pulak cik kuali tak update resepi kan? Yela dapur tak berasap la katakan...Dua tiga hari ini berbuka diluar sajer.....Hari ini cik kuali nak kongsikan menu yang biasa kita pesan atau makan di Restoran Masakan Thai iaitu Daging Masak Merah....Tapi resepi ini dah kira ikut versi cik kuali...Jika kita biasa dengan resepi masakan thai, mereka gemar mengunakan sos ikan...Cik kuali mengantikan sos ikan kepada pati ikan bilis...Sesekali tukar selera kepada daging di bulan Ramadhan ini apa salahnya kan...
300grm daging (dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1/2 inci halia (dihiris halus)
6 biji cili padai (diketuk)(boleh tambah lagi jika ingin pedas)
3 helai daun limau kasturi
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
Sedikit air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya :-
- Masukkan daging yang telah dicuci bersih ke dalam periuk.(jika ingin daging warna merah seperti di kedai, masukkan pewarna merah) Rebus daging hingga empuk. Asingkan air dan daging. Ketepikan air daging.
- Setalah daging sedikit sejuk, potong daging nipis-nipis.
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.Tambahkan cili kisar, sedikit gula dan garam. Tumis cili hingga garing.
- Masukkan sedikit air daging, serbuk pati ikan bilis, cili padi, daun limau kasturi, sos cili, sos tomato dan sos tiram
- Kacau rata dengan api sederhana. Tambahkan daging dan bawang besar. Biarkan sebentar biarkan semua bahan sebati.
- Rasa dan jika ok padamkan api. Hidangkan bersama nasi panas.
No comments:
Post a Comment