Showing posts with label Lauk Kampung. Show all posts
Showing posts with label Lauk Kampung. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

Gulai Lemak Nenas Ikan Masin




Kali ini kita cuba buat lauk yang agak popular sebagai lauk kampung... Gulai Lemak Nenas & Ikan Masin... Tulis tajuk pun dah meleleh air liuq.. Hihihi....

Bahan-Bahannya:-

1/2 biji nenas saiz sederhana (dipotong kecil)
4-5 ketul tualng ikan masin kurau (dicuci & rendam dalam 15 minit)
1 batang serai (diketuk)
200ml pati santan
400ml santan cair (biasanya cik kuali guna 1 biji kelapa kemudian asingkan pati & santan cair)
1 keping asam gelugor / asam keping
Garam & gula secukupnya

Bahan Kisar:-
7 biji bawang merah 
3 biji bawang putih
3 biji cili merah 
10 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
1 inci kunyit hidup
Sedikit santan cair (dari bahan diatas)

Cara Membuatnya:-

  • Bahan-bahan kisar dikidar dengan halus. Kemudian tuangkan didalam periuk. 
  • Dalam periuk yang sama, masukkan baki santan cair, serai, asam gelugur, nenas. Kacau rata & masak hingga nenas separuh empuk. 
  • Kemudian masukkan ikan masin & tuangkan pati santan, Kacau perlahan & tambahkan sedikit garam serta gula.
  • Kacau selalu & biar mendidih sekejap dengan api kecil.
  • Rasa & jika ok boleh matikan api.
  • Hidangkan bersama nasi panas serta lauk lain mengikur kegemaran anda.


Thursday, February 20, 2014

Gulai Lemak Cili Api Pisang Muda


Sekali sekala layan lauk kampung memang sedap.... Kalau cukup semua bahan boleh buat sambal belacan utk cicah dengan ulam....Pastu ada pulak ikan masin goreng...Memang makan nasi bertambah-tambah la ye...Apa menu cik kuali nak share ni? Uols mesti pernah makan gulai lemak pisang muda kan? Orang dulu-dulu sgt pandai menggunakan sayur & tanaman utk dijadikan lauk pauk...Gulai lemak ni kalau pedas mmg lagi ummmmph....Tapi cik kuali kena ingat kat rumah ni ade yang tak makan pedas....Siapa lagi kalau bukan Encik D....Dia cakap kalau pedas-pedas ni makanan jadi tak sedap....Emmm apa-apa jela.....Kalau uolls nak tahu pisang muda ni bergetah dan hati-hati sikit kalau membuang kulit nya...Takut getah terkena pada baju...Nak potong pisang muda ikut pada cara masing-masing....Cik kuali basuh bersih dahulu kulit pisang ni kerana kita nak masak dengan kulitnya sekali....Biasanya akan siat kulit pisang tapi tidak buangnya...siat separuh utk nampakkan isi nya dan potong serong isinya...

Bahan-Bahannya:-

1 biji santan kelapa
1 sisir pisang muda (cik kuali guna pisang kapas) 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi (boleh tambah lagi jika ingin pedas)
2 biji cili merah
1 genggam ikan bilis (direndam terlebih dahulu)
1 batang serai (dititik/diketuk sedikit)
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:-
  • Pisang dibersihkan, siatkan kulit tapi jangan dibuang habis. Isinya dipotong serong dengan sederhana tebal.
  • Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi & ikan bilis dengan sedikit santan hingga halus.
  • Dalam periuk, masukkan pisang & bahan kisar. Tambahkan serai, asam keping & garam.
  • Masakkan diatas api sederhana & kacau selalu. (Jangan ditinggalkan)
  • Kemudian tambahkan santan (jika pekat tambahkan sedikit air). Kacau selalu hingga mendidih & pisang empuk
  • Rasa & jika ok padamkan api. Hidangkan.    

Monday, September 23, 2013

Gulai Lemak Pucuk Manis dan Labu



2 minggu lepas, encik d request nak gulai lemak....Cik kuali ajak dia pergi NSK untuk cari bahan-bahan untuk buat gulai lemak....Ada pulak sayur pucuk manis ni kat NSK...terus nampak labu dan yerrrr saya dah tahu nak masak apa...Setelah cukup bahan-bahan yang diperlukan, mari kita memasak....

Bahan-Bahannya :-
1 ikat sayur pucuk manis (diasingkan daun dari tangakai)
1/4 biji labu (saiz kecil) (dibuang kulit dan potong dadu besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
200ml santan pekat
400ml santan cair
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-

  • Daun pucuk manis dicuci bersih & toskan. Kemudian dicelur dengan air panas. Toskan dan ketepikan
  • Kisarkan bawang merah,bawang putih dan ikan bilis dengan sedikit santan cair. 
  • Dalam satu periuk, masukkan labu, pucuk manis yg telah dicelur, bahan kisar dan santan cair.
  • Masakkan dengan api sederhana. Kacau selalu hingga kuah mendidih.Kemudian masukkan santan pekat. 
  • Kacau rata dan masukkan sedikit garam. Biarkan didih seketika 
  • Rasa dan jika ok padamkan api.Hidangkan bersama nasi panas. 

Tuesday, May 14, 2013

Gelang Si Paku Gelang




  Hari Sabtu lepas kami pergi Pasar Tani Taman Melawati. Cik Kuali memang girang tak terkata la sebabnya dapat beli sayur, ikan & ayam segar. Terjumpa pulak Mummy kepada Zizie Ezette & Shaheizy Sam....Kebetulan encik D nak beli pokok bunga, sebelah encik d je Mummy Khaty tu tgh pilih pokok bunga jugak....Dia yg tegur kami dgn memberi salam & senyuman...Ramah uolls...Ok, itu kisah Pasar Tani kami....
  Dah ke Pasar Tani harus la jumpa sayur-sayur kampung kan uolls... Encik D yang mmg membesar di kampung jadinya lauk pauk kampung ini kira kegemaran la gitu....Encik D request Cik Kuali ni masak Gulai Lemak Pucuk Paku....
  Malam tadi cik kuali masakkan lauk permintaannya itu. Selain Gulai lemak, cik kuali buat ikan bakar. Kita guna Perencah Ikan Bakar Adabi (seperti gambar diatas)...First time nak cuba perencah ni...ala-ala mcm Ikan bakar  Portugis gitu...Perencah Ikan Bakar Adabi ni cukup rasa pedas dan masamnya. Cuma pada cik kuali kena tambah sedikit garam & gula. Anda boleh rasa sikit dulu sebelum dilumurkan pada ikan anda. Boleh diolah sendiri apa yang kurang. Ikan yang cik kuali guna ikan cencaru kecil yg dibelah sedikit perutnya. Setelah dibersihkan kita sumbatkan sambal kedalam perutnya. Kemudian dibakar. Ini pula bahan-bahan untuk gulai pucuk paku.     

Bahan-Bahannya :-
3 ikat pucuk paku (RM 1 seikat)
1 genggam ikan bilis
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup atau 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji cili merah
8 biji cili padi
2 batang sertai (dititik)
200ml pati santan
800ml santan cair
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-
  • Pucuk paku dicuci bersih. Masakkan air dalam periuk dan masukkan sedikit garam.
  • Setelah air masak, masukkan pucuk paku dan biarkan hingga layu. Padamkan api dan toskan airnya. Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi, kunyit hidup & ikan bilis bersama dengan sedikit santan cair.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama santan cair, pucuk paku yang telah dicelur, serta serai.
  • Kacau selalu hingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat & garam secukupnya. Gaul rata hingga didih.
  •  Rasa jika ok boleh padam kan api.