Mai mai laksa utara dah mai dah.....Haaa Laksa....Dalam pelbagai jenis laksa yang ada di Malaysia ini, cik kuali paling gemar sekali laksa utara...Encik D pun pengemar laksa...Jadinya Jumaat lepas cik kuali masakkan laksa untuk menu berbuka kami...Boleh dikatakan mudah untuk memasak laksa, cuma perlukan kesabaran untuk menyediakan bahan-bahannya...Kuah laksa yang pekat dan sedap boleh buat kita teringat-ingat nak makan laksa....
Bahan-Bahannya :- (untuk 4-5 org makan)
450grm laksa (lebih kurang sebungkus)
1 kg ikan kembung (dibersihkan)
Seikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan (dipotong kasar)
4 keping asam gelugur / asam keping
1/2 inci lengkuas (dititik / ditumbuk sedikit)
1 batang serai (dititik / ditumbuk sedikit)
1.5 liter air
2 sudu besar pes udang / petis udang / otak udang
Garam secukup rasa
Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
3 biji cili merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
Bahan-Bahan Ulaman / Sampingan
1 biji timun (dipotong nipis dan memanjang)
2 biji cili merah (dihiris halus)
6 biji cili padi (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 tangkai daun pudina
Beberapa helai daun salad (dihiris halus) - cik kuali tak letak
4 biji limau kasturi (dibelah 2 dan buang bijinya)
4 biji telur rebus (dikupas kulit dan dibelahkan 2)
Sedikit hirisan bunga kantan
Cara Membuatnya:-
- Rebuskan laksa hingga masak. Toskan airnya dan ketepikan
- Masukkan ikan yang telah dibersihkan bersama 1 liter air ke dalam periuk. Direbus ikan hingga masak. Angkat ikan yang telah masak dan ketepikan air rebusan.
- Ikan yang telah direbus, diasingkan tulang temulang dari isinya. Kisarkan isi ikan hingga sedikit halus dengan air rebusan dan tuangkan dalam periuk bersih
- Kemudian dikisar pula tulang dan kepala ikan bersama air rebusan. Sebelum dituangkan ke dalam periuk, tapiskan terlebih dahulu.
- Kisarkan bahan kisar dengan baki air rebusan dan tuangkan ke dalam periuk. Tambahkan daun kesum, bunga kantan, asam gelugur, lengkuas dan serai
- Masakkan kuah hingga mendidih. Kacau sekali sekala. Jika kuah agak pekat, masukkan baki 500ml air.
- Kemudian masukkan pes udang / petis dan garam secukup rasa. Setelah kuah didih, rasa dan jika ok padamkan api.
- Hidangkan laksa bersama bahan ulaman.
No comments:
Post a Comment