Sudah lama simpan hajat untuk belajar membuat roti jala sendiri...Acuan dah lama pinjam dengan mama cik kuali.. ..kuali leper pun encik d dah belikan...Cukup dah semuanya cuma resepi ngan sifu je belum ada...Minggu cuti raya yang lepas cik kuali gunakan sebaik mungkin untuk belajar buat roti jala ngn mama cik kuali...Mula-mula menjala itu agak tak reti jugak...tapi lama kelamaan dah pandai menjala dah cik kuali..hehehe....
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
3 cawan air
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Cara Membuatnya :-
- Lebih mudah jika kita menggunakan pengisar atau blender untuk membancuh semua bahan-bahan diatas. Ini kerana dengan pengisar, tepung gandum lebih mudah sebati.
- Masukkan tepung, santan, air dan garam ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati semuanya.
- Tuangkan ke dalam mangkuk sambil menapis untuk asingkan ketulan tepung (jika ada)
- Kemudian tambahkan pewarna kuning dan kacau sebati hingga mendapat warna yg dikehendaki.
- Masukkan sedikit didalam acuan dan cuba tengok aliran keluar, jika aliran putus-putus, tambahkan sedikit air.
- Panaskan kuali leper atau non-stick pan. Sapukan sedikit minyak. Kemudian ambil acuan yang berisi tepung bancuhan dan putarkan diatas kuali. Biarkan seketika.
- Setelah masak, angkat dan letakkan dalam pinggan. Gulung mengikut bentuk yang dikehendaki.
- Siap untuk dimakan bersama kuah kegemaran anda...
No comments:
Post a Comment