Monday, June 10, 2013

Meehoon Goreng



Sarapan pagi wajib kita ambil....sangat penting yer uolls...Kebiasaannya menu apa yg uolls makan untuk sarapan pagi? Menu yang popular seperti roti, nasi lemak, roti canai, nasi goreng, english breakfast set, telur setengah masak dan sebagainya untuk permulaan hari kita...Hari Sabtu yang lepas mama cik kuali dtg ke teratak comel cik kuali...So cik kuali nak share resepi meehoon goreng yang cik kuali hidangkan untuk mama cik kuali bersarapan pagi....mudah aje bahan-bahannya.... Untuk sebungkus meehoon sesuai untuk 6-7 org makan...Resepi cik kuali ini sesuai untuk 3 org makan...jika anda ingin membuat dalam kuantiti yang banyak sila gandakan bahan-bahan lain yer...Sayur-sayuran pula, cik kuali hanya letak kobis dalam meehoon ini...Pada yang gemar sayuran boleh campurkan dengan sedikit taugeh dan sawi...Memasak ikut selera dan kretiviti masing-masing..   

Bahan-Bahannya :- (untuk 3 org makan)

2 keping meehoon (direndam hingga lembut)

(setelah lembut, ditoskan airnya)
200 grm isi ayam (dipotong nipis)
2 ekor sotong putih (dipotong & dibersihkan)
1 sudu besar udang kering (direndam)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 biji kobis bulat (dipotong halus)(dicuci & toskan)
2 sudu besar cili boh / cili kisar
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
1 1/2 sudu besar sos tomato
100ml air / air stok ayam
(cik kuali guna air rebusan kulit udang)
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur (untuk hiasan)

Cara Membuatnya :-

  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga halus &  ketepikan
  • Udang kering yang telah direndam, ditoskan airnya. Kemudian dikisar halus (tanpa air). Ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang  & cili boh hingga garing. Tambah sedikit gula.
  • Setelah cili garing, masukkan udang kering yang telah dikisar halus. Kacau hingga udang kering sedikit garing. Masukkan perencah seperti sotong dan ayam.
  • Biarkan perencah sedikit masak. Tambahkan air / air stok ayam.
  • Kemudian masukkan kicap cair, kicap pekat, kicap manis dan sos tomato. Kacau hingga sebati. 
  • Kemudian rasa sedikit, jika kurang apa-apa boleh ditambahkan sebelum kita masukkan meehoon dan sayur. 
  • Jika rasa sudah ok,  masukkan meehoon dan kobis. Gaul meehoon dan kobis hingga sebati dengan semua bahan lain. Kecilkan sedikit api. 
  • Kacau hingga meehoon masak dan air meresap ke meehoon. 
  • Rasa, jika ok boleh dipadamkan api.
  • Untuk telur hiasan - pukul 2 biji telur dan tambah sedikit garam. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Goreng telur seperti telur dadar tetapi nipiskan sedikit. Setelah garing kedua-dua belah, boleh diangkat dan biarkan sejuk seketika. Kemudian dipotong halus telur itu dan taburkan diatas meehoon.

No comments:

Post a Comment