Tuesday, June 18, 2013

Ayam Masak Merah



Merah memang warna kegemaran cik kuali....Segala benda nak beli mesti nak warna merah....Sampaikan kahwin dulu pun bertema warna merah....Kalau nak cerita pasal warna merah ngn cik kuali sampai esok pun tak abis...So menu makan malam kami ini bertemakan ayam pula....Cik kuali rasa ayam masak merah semua orang pernah makan...Di majlis kenduri kahwin pun selalu ade menu ini kan....Kalau ada ayam masak merah dengan nasi tomato lagi best....Ayam masak merah cik kuali ade letak kacang peas...Ala-ala lauk org kahwin gitu....Cik kuali kan suka verangan kalau memasak...heheheh...

Bahan-Bahannya :- (untuk 2-3 org makan) 

1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil, dicuci & toskan)
2 biji bawang besar (1 untuk dikisar)(1 dipotong bulat)
2 inci halia
2 senduk nasi cili kisar / cili boh
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 sudu besar sos tomato
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 tin kecil kacang peas (ditoskan)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kunyit

Cara Membuatnya :-
  • Ayam yang telah dibersihkan, digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam
  • Goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan
  • Kisar halia, bawang besar, bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar, bunga lawang & kulit kayu manis hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kisar /cili boh. Tambahkan garam dan gula. Kacau rata hingga cili garing.
  • Masukkan sos tomato, kacang peas & bawang besar yang dipotong bulat. Rasa dan jika kurang tambahkan garam atau gula.
  • Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi. Gaul rata hingga ayam sebati dengan kuahnya.
  • Biarkan seketika. Kemudian boleh dipadamkan api. Hidangankan bersama nasi panas..Enak!

2 comments:

  1. biasa nak garingkan cili tu bape minit eh kay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry ye lambat reply....Biasa nye cili nak garing dalam 8-10 minit....tapi bergantung kepada quantity cili jgk...kalau cili boh tu banyak lama sikit nak garing nye.... :)

      Delete