Thursday, June 25, 2015

Vadey atau Masalodeh


Untuk bulan Ramadhan ini tidak dinafikan banyak bazar ramadhan yang menjual pelbagai jenis makanan... kita cakap saja apa yang teringin InsyaAllah ada org jual di bazar... Pada cik kuali pula, lebih gemar untuk mencuba resepi & juga menambahkan ilmu masakan... Bila kita belajar buat sesuatu & tidak menjadi sudah tentu kita akan kaji & belajar lebih lagi resepi itu hingga menjadi... Terpulang kepada cara masing-masing yang penting dapat mengembirakan orang kita sayang dirumah... Yela bila perut kenyang senang hati.... Hari ini cik kuali nak kongsi kan resepi kuih yang popular dari masyarakat India.... Vadey / Vaday atau juga dikenali Masalodeh...

Bahan-Bahannya:-
300grm kacang dhal (dicuci bersih & direndam selama 4 jam)
1 biji cili hijau atau cili api ikut suka (dibuang bijinya & dihiris halus)
2 tangkai cili kering (buang biji & hiris halus cuci serta toskan)
1 biji baang besar (dipotong dadu / dihirs halus)
1 sudu kecil jintan manis biji
1/2 sudu teh garam
1 tangkai daun kari (diracik halus)


Cara Membuatnya:- 

  • Kacang dhal yang telah direndam, toskan hingga kering. Kemudian kisarkan tanpa air kacang dhal hingga hancur.  Jangan terlalu lumat biar sedikit kacang yang x hancur (boleh guna blend yg kering tu atau food processor)
  • Dalam satu bekas, masukkan kacang dhal kisar berserta semua bahan diatas. 
  • Gaul rata kesemuanya hingga sebati..
  • Kemudian leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat.
  • Bulat2kan dan leperkan seperti begedel. Letak atas loyang/dulang yang telah disapu minyak supaya elak melekat.
  • Setelah siap bulatkan aduanan tersebut, panaskan minyak untuk mengoreng dengan api sederhana besar.
  • Goreng hingga garing kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment