Home sweet home...gitu katanya...Alhamdulillah cik kuali dah selamat pulang dari bumi kenyalang...Hari ini cik kuali sambung cuti lagi...Dapur pun masih tak berasap lagi...rehat2 kan badan katanya....Cerita pasal Kuching nanti cik kuali share ngn uolls yer....tapi hari ini Cik Kuali nak share resepi pencuci mulut yang paling cik kuali suka membuatnya dan makan.....Sago gula melaka...Ada sesiapa yang tak kenal sago ke....Biji sago berwarna putih & butiran seperti manik-manik putih...sago ni ade 2 saiz...satu yang halus comel, satu lagi saiz biji2 besar...yang cik kuali guna biasanya halus comel...Selain warna putih, biji sago ada juga warna hijau dan merah jambu...pinky pinky uolls...kalau uolls buat warna putih, boleh letak pewarna makanan yg disukai...
Bahan-Bahannya :- (untuk 4 orang)
Sago
2 cawan biji sago (cik kuali guna warna hijau)
8 cawan air
Pati Santan
2 cawan pati santan / santan pekat
2 helai daun pandan (diikat simpul)
Secubit garam
Gula Melaka
1 ketul gula melaka (dihiris kecil)
2 helai daun pandan (diikat simpul)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Cara Membuatnya
Sago
- Rendam biji sago selama 1/2 jam. Kemudian panaskan air dalam periuk. Biarkan air mendidih.
- Tos sago yang telah direndam, masukkan ke dalam periuk dengan air yang sedang mendidih.
- Kacau selalu sehingga biji sago bertukar ke warna jernih. Boleh tambah sedikit air jika agak pekat.
- Bila biji sago sudah bertukar jernih, padamkan api. Tuangkan dalam tapis dan cuci sago itu dibawah air paip untuk buang kanjinya.
- Kemudian masukkan ke dalam acuan kecil dan biarkan sejuk didalam peti sejuk.
Pati Santan
- Dalam satu periuk, masakkan pati santan, daun pandan dan secubit garam dengan api sederhana
- Kacau selalu hingga mendidih
- Padamkan api dan biarkan sejuk
Gula Melaka
- Dalam satu periuk, masakkan gula melaka, air, gula pasir dan daun pandan dengan api sederhana.
- Kacau dan biarkan gula melaka dan gula pasir larut.
- Masak hingga pekat. Padamkan api dan tapiskan.
- Biarkan sejuk.
Cara Hidangkan
Keluarkan sago dari acuan dan letak dalam mangkuk hidangan. Makan bersama pati santan dan gula melaka. Sedap jika dihidangkan sejuk....
Terima kasih atas resepi..sedap 2 dan boleh cuba..jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com
ReplyDelete